Makanan Pakistan Yang Kena Dengan Tekak Malaysia

Tak lengkaplah pengembaraan kita ke negara luar kalau tak merasa makanan orang tempatan di situ, betul tak?

Jom tengok apa makanan yang best dekat Pakistan untuk dirasa oleh orang Malaysia.

1. Ayam Tikka

Ayam Tikka ini bukan hanya popular di Pakistan, ia juga popular di India dan Bangladesh. Secara tradisionalnya Ayam Tikka ini adalah potongan ayam kecil tanpa tulang yang dipanggang menggunakan lidi.

Ayam ini diperap dengan pelbagai rempah dan dahi (yogurt). Ia biasa dihidangkan sekali dengan roti naan. Ia juga ada pelbagai variasi, antaranya tandoori ataupun masala.

2. Biryani Pakistan

gambar dari : desiblitz.com

Siapa je yang tak pernah cuba Biryani, kan? Tapi, dah pernah ke cuba yang variasi Pakistan. Haa, kalau belum pernah korang kena cuba cepat.

Beza biryani ni ialah diorang guna rempah lain sikit dari biryani yang biasa kita makan tu. Ia juga akan dihidangkan dengan hirisan bawang besar, lemon dan tomato. Beserta dengan yogurt salad atau salsa.

3. Kofta

gambar dari : teafortumeric.com

Kofta ialah hidangan bebola daging yang popular di Pakistan. Kita dah biasa dengan bebola daging di Malaysia dengan bersos lada hitam ataupun cheese. Lainnya versi Pakistan ni adalah ia diadun dengan rempah ratus khas dan dihidangkan dengan berkuah ala kari.

Kebiasaannya di sana ia kuah itu dicampur dengan kacang dhal dan dihidang bersama telur rebus. Ia biasanya dimakan bersama naan, chapati atau nasi.

Sedapkan tengok makanan2 ni. Apa tunggu lagi jom ke Pakistan dengan Jomventures.

Klik sini untuk dapatkan maklumat lanjut. Selamat Mengambara.

Kongsi di media sosial :

WhatsApp
Facebook
Twitter

Baca artikel lain