Salam Syawal buat semua. Dah baca tentang pakaian tradisi negara-negara luar yang dikongsikan sebelum ni. Sekarang ni nak berkongsi pula tentang makanan yang disediakan pada hari lebaran ini.
1. Malaysia
Di Malaysia, tentulah banyak jenis makanan yang dihidangkan bila orang datang beraya. Tapi, tak sah la kalau tak dibuat Lemang dan Rendang. Ia adalah tradisi turun temurun sejak dulu lagi. Paling best kalau kita dapat masak dua makanan ni dengan sendiri. Bersama-sama dengan saudara-mara jaga api untuk bakar lemang.
2. Palestin
Makanan tradisi yang paling popular bagi penduduk palestin ni dipanggil Maqlooba. Ia adalah hidangan yang terdiri daripada nasi, daging dan sayur yang digoreng. Dan semua bahan ini akan dimasak sekali di dalam periuk. Lepastu mereka akan menterbalikkan makanan itu ke atas dulang. Ia selari dengan maksud namanya iaitu menterbalikkan dari atas ke bawah.
3. China
Bagi kaum muslim uighur, mereka selalunya akan menghidangkan Sanzi pada hari raya. Sanzi adalah mi goreng rangup yang diperbuat daripada adunan tepung gandum dan ditarik menjadi mi. Kemudiannya digoreng sehingga rangup.
4. Turki
Bagi masyarakat Turki pula. Hari raya disambut dengan menyediakan pelbagai manisan seperti Baklava. Ia kerana hari raya juga adalah hari manisan ataupun festival manisan bagi mereka. Pada hari tersebut, kanak-kanak selalunya akan pergi ke setiap rumah untuk meminta manisan.
5. Pakistan, India dan Bangladesh
sumber : saveur.com
Bagi ketiga-tiga negara ini pula, mereka mempunyai satu hidangan yang sama dan popular untuk disajikan sewaktu menyambut hari raya. Hidangan ini dipanggil Sheer Kurma. Ia diperbuat daripada kurma bersama susu dan dicampur dengan pelbagai jenis kekacang seperti badam. Ia dihidangkan pada pagi aidilfitri sebelum mereka pergi solat hari raya. Ia merupakan simbolik hidangan pembuka bagi menyambut aidilfitri.
Bolehla cuba makanan ini jika berpeluang untuk menyambut aidilfitri di negara-negara tersebut. Selamat hari raya aidilfitri dan selamat mengembara kepada semua pembaca.