Selain daripada persekitaran dan budaya yang berbeza, makanan juga menjadi salah satu perkara wajib yang anda perlu terokai ketika berada di negara orang. Alang-alang dah sampai sana, kena lah cuba makanan lokal mereka betul tak? Memandangkan ramai pula yang mahu travel ke Turki, jadi untuk post kali ini min nak cerita sikit berkenaan dengan makanan lokal yang popular di sana.

Bagi yang Muslim, anda tidak perlu risau jika ingin mencari makanan halal di sana. Seramai 99.8% penduduk di Turki adalah mereka yang beragama Islam. Oleh sebab itu, semua restoran perlu mempunyai Sijil Halal pada produk atau menu mereka. Dah tak perlu was-was, jadi tunggu apa lagi? Mari tengok makanan best kat sana!

1. Kebap

‘Kebab’ secara amnya merujuk kepada sebarang hidangan daging, ikan, atau sayur-sayuran, yang dipanggang di atas lidi atau dibakar menggunakan rotisserie. Di Turki, perkataan kebab kebanyakkannya digunakan untuk mana-mana hidangan yang dimasak di atas atau di sebelah api. Kebab di Turki boleh dihidangkan di atas pinggan (dikenali sebagai porsiyon), dalam sandwic atau juga dalam wrap (dikenali sebagai dürüm).

Şiş Kebap (Shish kebab) ini adalah salah satu kebab yang popular dikalangan pengunjung. Secara tradisionalnya, ia diperbuat daripada daging lembu atau kambing. Tetapi pengunjung kini boleh memilih pelbagai pilihan seperti daging, ikan, ayam, itik, vegetarian dan sebagainya.

2. Köfte

Ia diperbuat daripada daging cincang atau kisar (kebiasaannya daging lembu, kambing dan ayam) yang dicampur dengan bawang, herba dan rempah ratus tertentu. Dalam erti kata lain, Kofte merujuk kepada hindangan bebola daging atau meatloaf yang sudah popular di sekeliling kita. Tapi sudah tentu rasanya sangat berlainan dengan meatballs yang ada disini. Mereka memiliki pelbagai jenis Kofte antaranya Kuru Kofte (kering), Sulu Kofte (sup), Cig kofte (mentah), dan Sis Kofte (ditusuk).

3. Meze

Meze bukanlah hidangan utama, ia lebih kepada pembuka selera untuk sebarang hidangan yang anda ingin makan di Turki sama ada dimakan semasa sarapan pagi, makan tengah hari mahupun makan malam. Di Turki, Meze juga terdiri termasuk buah zaitun, sayur-sayuran goreng, sos yang disediakan dengan kacang, minyak zaitun, keju feta yang disiram, kerang yang disumbat, ikan yang diperap, daging yang diawet atau berperisa, dan sebagainya.

4. Pide

Hidangan yang boleh didapati dengan mudah di mana-mana sahaja di Turki membuatkan Pide menjadi salah satu makanan yang terkenal! Roti rata berbentuk bot yang akan dibakar dalam ketuhar batu bata menjadikan ianya cukup untuk menarik perhatian anda. Ia serupa dengan piza dan boleh ditambah dengan sebarang bahan seperti keju, bawang, lada, tomato, sosej dan telur. Fuh dengarkan sahaja sudah membuatkan kita terbayang kelazatannya!

5. Lahmacun

Haa yang ini salah satu favourite min ni! Lahmacun ni macam pizza, cuma dia nipis dan rangup. Pelbagai bahan diletakkan seperti daging cincang (biasanya kambing atau daging lembu), sayur-sayuran, herba, bawang, tomato dan rempah ratus yang menjadikan rasa Lahmacun susah untuk kita lupa. Cara nak makan? Anda boleh menggulungkannya, gaya burrito.

6. Mantı

Manti ialah hidangan panas yang disajikan dengan yogurt sejuk dan bawang putih. Anda boleh bayangkan ianya seperti dumplings yang terdiri daripada doh dan isinya. Dalam gaya klasik Anatolia (Kayseri), doh diperbuat daripada air, tepung dan garam. Ada yang menambah telur untuk menambah rasa. Isinya pula mengandungi daging lembu atau kambing yang dikisar, bawang, garam dan lada sulah. Bahan yang mudah tetapi rasa yang sukar digambarkan.

7. Simit

Kalau anda suka Pretzel, anda patut cuba Simit ni. Simit adalah salah satu makanan Turki yang paling popular lebih-lebih lagi ia sangat sesuai dijadikan sarapan. Simit ini adalah roti berbentuk bagel yang bertatahkan biji bijan. Ia rangup dan kenyal menjadikannya snek Turki yang murah dan sedap. Jangan risau, ia banyak dijual di Turki dan anda pasti mudah jumpa.

8. Kunefe

Suka manis? Kunefe lah jawapannya. Kunefe adalah makanan istimewa di Turki yang semua penggemar dessert mesti cuba dalam percutian mereka. Dessert yang menarik ini dibuat dengan keju, serbuk roti dan kacang pistachio. Keju cair di dalam, dan tekstur yang berbeza akan membuatkan anda jatuh hati dengannya.

9. Baklava

Baklava adalah hidangan pencuci mulut. Bahan asas baklava adalah diperbuat daripada lapisan doh Yufka, pelbagai rempah ratus, dan kacang cincang serta buah-buahan, dan kemudian direndam dalam simple hot syrup. Anda boleh jumpa Baklava ini di kebanyakkan kedai roti dan pasar raya, tetapi sudah tentu lebih sedap kalau dapat jumpa yang baru dibakar. Hehe

Baklava juga boleh dijadikan souvenirs. Tips utama adalah anda digalakkan membeli Baklava jenis kering kerana ia akan lebih sedap berbanding yang basah/sirap. Tapi jika masih mahukan yang sirap, pastikan anda meminta ‘kurang sirap’ dan perlu membelinya pada saat mahu pulang. Cara pembungkusan juga perlu diambil kira tau, sebab ia akan jadi ‘kucar kacir’ dalam bagasi anda kalau tak bungkus betul-betul.

10. Dondurma

Siapa yang tak nak cuba aiskrim Turki memang rugi besar! Dondurma ialah ais krim Turki paling sedap tau. Ia sedikit berbeza dengan ais krim yang kita biasa makan. Dondurma sejenis ais krim tradisional Turki yang manis, berkrim, elastik dan kenyal pada masa yang sama.

Ada makanan favourite lain yang anda suka bila berada di Turki? Share lah sikit dengan min. Hehe

Kongsi di media sosial :

WhatsApp
Facebook
Twitter

Baca artikel lain