Makanan Yang Anda Perlu Bawa ketika bercuti di Eropah

Mesti ramai dalam kalangan kita ada keinginan untuk melancong bukan. Tambahan pula dah 2 tahun kita tak dapat nak melancong ke mana-mana akibat daripada penularan wabak covid 19. Bagi admin melancong memang menyeronokkan. Lebih-lebih lagi jika berkunjung ke negara yang belum pernah kita jejak, memang teruja habis. Namun, antara yang menjadi masalah tatkala bercuti adalah makanan. Perut melayu kan, pergi mana-mana pon mesti nak kena ada makanan melayu yang memang kena dengan selera kita. Ada pula yang pergi ke negara bukan islam jadi untuk mendapatkan makanan halal memang agak susah. Kalau ada pun, mungkin harganya mahal. Itu pun belum tentu kena dengan selera kita. Jadi team Jomventures nak berkongsi dengan korang semua tentang makanan-makanan yang anda boleh bawa ketika travel ke eropah;

1. Serunding

Makanan paling mudah, basic dan disukai ramai. Ada pelbagai jenis seperti serunding ayam, serunding daging, serunding ikan dan serunding ikan bilis. Serunding ni kering serta mampu bertahan lama, jadi makanan ini sesuai dibawa ketika bercuti. Auto berselera makan kalau ada serunding. Makan pulak dengan nasi yang panas perghhh!!!

2. Sambal Kering Ikan Bilis

Admin kalau dapat ini dengan nasi panas memang wajib 2 pinggan nasi haha. Memang kena dengan selera kita orang Malaysia. Maklumlah, makanan orang luar ni bukan semua kena dengan selera kita. Oleh itu, ada sambal kering ikan bilis dan juga nasi panas sudah cukup untuk mengenyangkan perut. Juga boleh tahan lama jadi memang sesuai bawa untuk travel. Terus rasa lapar kalau ingat ni.

3. Sup Cendawan Segera

Hidangan paling ringkas dan mudah disediakan. Jadi tak perlu susah-susah nak ada dapur. Hanya perlu bacuh dengan air panas dan boleh dinikmati bersama roti. Selain itu sup cendawan segera ini juga boleh dijadikan sebagai kuah pasta yang seakan carbonara. Anda hanya perlu bancuh sedikit pekat dan gaulkan bersama pasta yang telah direbus lembut. Fuhh dapat ini memang confirm kenyang.

4. Makanan Dalam Tin

Makanan paling senang nak dapatkan di Malaysia. Pasaraya sehingga ke kedai runcit mesti ada jual makanan ini. Ada sardin, tuna, isi kerang, sup tulang dan bermacam-macam lagi. Makanan sebegini sememangnya memudahkan  dan menjimatkan masa. Hanya perlu buka penutup tin, panaskan dan hidang. Kalau nak makan terus tanpa panaskan pun boleh tapi kalau admin akan panaskan dulu, baru ada kick nak makan kan hehe.

5. Makanan Segera

Kalau kita lapar di tengah malam pasti makanan ini akan kita masak kan. Mi segera sememangnya popular dikalangan pengembara. Oleh itu jangan lupa bawa makanan tersebut jika anda bercadang nak pergi bercuti nanti. Kalau boleh, bawa mi segera dalam cawan dan bukan dalam paket. Jadi anda tidak akan susah nak tercari-cari mangkuk pula nanti. Oh ya! Sekarang ni di pasaran juga ada menjual makanan yang sedia untuk dimakan seperti nasi goreng kampung, nasi briyani,nasi tomato dan banyak lagi. Hanya perlu rendam paket di dalam air panas atau menggunakan microwave sahaja. Mudah kan? Mesti anda tidak akan rindu sangat pada makanan Malaysia.

6. Kicap

Kicap adalah salah satu benda yang perlu kita bawa sebab kadang-kadang kita tidak tahu negara yang kita kunjung makanan nya kena atau tidak dengan tekak malaysia kita ni. Bawa kicap yang dipack di dalam botol plastik supaya tak pecah.

7. Energy Bar

Jika anda dalam perjalanan atau travel ke mana-mana negara sekalipun pastikan benda ni selalu ada dalam beg galas anda. Manalah tahu tengah-tengah sedap berjalan menikmati panorama indah, tiba-tiba perut lapar. Mana nak cari kedai? Nak balik hotel untuk masak nasi pon macam tak boleh So, energy bar ni boleh dimakan dikala kecemasan macam tu. Selain boleh dijadikan snack energy bar juga penting untuk menambah gula dan tenaga anda. Manalah tahu tengah berjalan tu tiba-tiba rasa nak pengsan jadi makanlah energy bar untuk menambah tenaga anda.

8. Serbuk Minuman 3 in 1

Bagi anda yang memilih untuk bercuti di negara-negara yang mempunyai suhu sejuk, serbuk minuman 3 in 1 ini memang perlu bawa. Bawalah kopi ke, milo ke , Nescafe ke. Tengah-tengah cuaca sejuk macam tu memang sedap kalau dapat layan kopi sambil cicah roti kan? Perghh terliur rasa bila teringat macam tu.

9. Bawa admin Jomventures

Anda tak perlu risau dengan benda yang perlu dibawa kerana kami akan ingatkan anda sebelum bertolak. Anda pasti tidak akan rasa kelaparan jika travel bersama kami. Bukan saja tak akan lapar, admin Jomventures hensem-hensem pulak tu. Bertambah sejuk mata anda sambil layan view-view menarik di Eropah dan dapat pula tengok muka admin-admin Jomventures. hehe

Kongsi di media sosial :

WhatsApp
Facebook
Twitter

Baca artikel lain