Masjid di Turki yang Terkenal dan Penuh Sejarah

Turki adalah sebuah negara yang terkenal dengan senibina masjid yang megah dan bersejarah. Kerana keindahan masjid-masjid di negara ni, ia kerap kali dikunjungi oleh para pelancong dari pelbagai negara.

Dan ini dia antara masjid yang korang kena pergi jika kali pertama mengembara ke negara Turki.

1. Masjid Biru

sumber : travel.kompas.com

Masjid Biru juga dikenali sebagai Masjid Sultan Ahmet. Ia dibina pada tahun 1616 oleh Sultan Ahmet.
Masjid ini boleh dikatakan masjid yang paling terkenal di Turki.

Tidak lengkap rasanya pengembaraan ke Turki jika tidak singgah ke Masjid ini.

2. Hagia Sophia

Masjid Hagia Sophia ini mempunyai sejarah yang sangat menarik. Pada mulanya, Ia adalah sebuah gereja yang wujud pada zaman pemerintahan Byzantine. Dan dijadikan masjid selepas kemenangan Sultan Muhammad Al-Fatih.

Kemudian ia dijadikan pula sebagai sebuah Muzium Sejarah Turki. Tapi kini ia dijadikan semula sebuah masjid pada tahun 2020.

3. Ulu Camii

Masjid ini didirikan sekitar tahun 1369 oleh Sultan Bayezid I. Masjid ini terletak di daerah Bursa. Jika ditafsirkan maksud nama masjid ini, ia juga boleh dipanggil Masjid Agung.

Turki mempunyai banyak lagi masjid-masjid yang bersejarah seperti yang diatas. Menjadikan ia salah satu negaraa yang menarik untuk dikunjungi.

Selamat mengembara.

Kongsi di media sosial :

WhatsApp
Facebook
Twitter

Baca artikel lain