Dengar sahaja “Dark Tourism” mesti akan rasa seram kan?
Seperti yang kita tahu, rata-rata ramai orang yang suka meneroka aktiviti pelancongan yang melibatkan keindahan kawasan pergunungan, pantai peranginan, pulau yang jernih, hutan simpan, resort dan sebagainya. Namun tidak kepada “dark tourism”. Mungkin konsep pelancongan gelap itu banyak yang misteri, namun mari kita lihat dari perspektif yang positif yang tentunya ianya mencipta pengalaman yang menarik bagi anda.
Jadi apa itu pelancongan gelap atau juga dikenali dengan “Dark Tourism” ?
Untuk pengetahuan anda, secara amnya, pelancongan gelap didefinisikan sebagai tindakan pelancong yang pergi ke lokasi kematian, tragedi, dan penderitaan untuk belajar dan mengetahui lebih banyak mengenai kes-kes misteri di tempat-tempat tertentu.
Sebenarnya, banyak lokasi di dunia ini yang menyimpan sejarah peperangan, kemusnahan dan tragedi sesuatu perkara yang telah terjadi. Malah, ianya sudah menjadi salah satu tarikan pelancongan di kebanyakan negara. Hal ini kerana, aktiviti pelancongan seperti ini wajar dikunjungi kerana banyak manfaatnya tertutamaya dalam memberi kesedaran dan pengajaran di sebalik sejarah.
Pelancong seharusnya belajar banyak dari sejarah masa lampau. Sebagai contoh, artifak seperti patung pada masa lalu menjadi tidak ternilai dan nilai komersial yang tinggi perlulah diperingati pada masa sekarang dan masa hadapan. Di Italy, Pompeii menjadi salah satu destinasi pelancongan gelap yang paling kerap dikunjungi. Pompeii ditemui oleh ahli arkeologi dan bangkai kapal dan mayat fosil dapat diperhatikan bahkan sehingga hari ini. Kejadian letusan Gunung Vesuvius iaitu gunung berapi berhampiran Teluk Napoli lebih dari 50 kali pada tahun 79 Masehi ini telah menguburkan kota Rom kuno Pompeii dan hampir 2,000 orang di dalam kota dibiarkan mati. Sebilangan besar tempat ini menjadi peringatan dalam kehidupan seharian masyarakat sehingga kini terhadap bencana alam.
Begitu juga dengan Muzium Nasional 11 September di New York. Salah satu tarikan pelancongan gelap yang terkenal di dunia. Kejadian keruntuhan struktur Pusat Perdagangan Dunia akibat serangan pengganas memberi kesan yang sangat besar kepada masyarakat pada waktu itu. Bukan itu sahaja, pengorbanan mereka yang terlibat dan mereka yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk menyelamatkan orang mendapat penghormatan yang luar biasa oleh orang ramai. Dalam 2 tahun pertama pembukaan peringatan, lebih dari 10 juta pengunjung tiba dan beberapa tahun kemudian jumlahnya meningkat menjadi lebih dari 23 juta.
“The Tribute in Light” yang terdiri daripada 88 lampu juga dilancarkan pada tahun 2014 dalam mengenang serangan 11 September. Pelbagai pameran dan program pendidikan dijalankan bagi mengingati dan menghormati mereka yang terbunuh dalam serangan pengganas pada 9 November 2001.
Anda pasti tahu cerita SpongeBob Squarepants kan?
Ramai tidak tahu bahawa cerita kartun tersebut menyimpan misteri disebaliknya. Seperti yang anda tahu, Bandar Bikini Bottom menjadi lokasi utama dalam siri SpongeBob. Ketika perang dunia II, Bikini Atoll yang merupakan salah satu wilayah Amerika Syarikat telah menjadi tempat ujian program bom atom AS pada kapal tentera laut.
Pada Februari 1946, AS di bawah pimpinan Presiden Harry Truman merancang untuk menjalankan peledakan nuklear bom atom walaupun mereka sedar risikonya besar dan memberi kesan negatif terhadap kelangsungan hidup penduduk di situ. Namun, oleh kerana lokasi Bikini Atoll jauh daripada penempatan manusia dan semua penduduk di sana. Tapak bom hydrogen pertama telah diletuskan di sana. Sehingga kini, di hadapan pulau itu masih terdapat dua bangkai kapal perang Jepun. Pada tahun 1996, pulau ini mula dibuka untuk aktiviti “scuba diving” kepada pelancong untuk melihat bebarapa bangkai kapal yang musnah dalam pengeboman tersebut.
Info menarik mengenai “Dark tourism”
- “Dark Tourism” boleh dikategorikan dalam beberapa bentuk pelancongan seperti Disaster tourism, Grave Tourism, War tourism, Nuclear Tourism, Prison and Persecution Site Tourism, Holocaust Tourism.
- Terdapat sebuah rancangan dokumentari yang disiarkan di televisyen seperti siri Netflix’s The Dark Tourist yang di kendalikan oleh David Farrier sebagai wartawan. Beliau mengunjungi tempat pelancongan yang luar biasa dan sering mengerikan di seluruh dunia. Rancangan ini telah sedikit sebanyak membantu menghidupkan trend pelancongan gelap dalam kalangan pelancong.