Mudah ke solat di bumi Eropah ?

Sebagai pelancong atau pengembara Muslim bukanlah alasan untuk meninggalkan solat, tambahan pula kita diberi kelonggaran untuk memendekkan dan menghimpunkan solat menerusi solat jamak qasar bagi memudahkan perjalanan.

Sekarang kebanyakkan lapangan terbang dan pusat beli belah besar di Eropah  menyediakan ruang solat yang dikenali sebagai Multiple Prayer Room iaitu ruang beribadat yang dikongsi oleh semua agama termasuk Islam.

Jom lihat beberapa ruang solat selain masjid dan surau yang boleh digunakan pengembara atau pelancong Muslim.

Pusat beli belah Bicester Village, Oxford

Berikutan ramai pengunjung Muslim, pusat beli belah ini turut menyediakan bilik solat yang dikenali sebagai Contemplation Room.

Pihak pengurusan turut menyediakan tandas berhampiran bilik itu yang turut disediakan sinki membasuh kaki bagi tujuan berwuduk.

Pusat beli belah Designer Outlet Parndof, Austria

Mengikut statistik pada 2016, Islam adalah agama kedua terbesar yang dianuti penduduk Austria. Maka tidak hairanlah banyak masjid di negara ini dan pusat beli belah menyediakan bilik solat.

Credit photo by Arianis Chan
Credit photo by Arianis Chan

Pusat beli belah Designer Outlet Parndof yang terletak kira-kira 50 kilometer dari ibu negara Austria, Vienna turut menyediakan kemudahan surau yang dikenali sebagai Meditationsraum Cotemplation Room. Pihak pengurusan turut menyediakan sinki di dalam bilik ibadah itu untuk memudahkan pengunjung berwuduk.

Kesimpulannya, tiada lagi alasan untuk kita tidak solat ketika kembara ke bumi yang penduduk majoritinya bukan Islam. Tepuk dada, tanya iman!

Artikel asal: https://www.mstar.com.my/travel/destinasi/2018/07/03/tiada-alasan-tak-solat

Kongsi di media sosial :

WhatsApp
Facebook
Twitter

Baca artikel lain