Muslim Friendly Street Food di Jepun

Keinginan mencuba makanan budaya orang lain menjadi salah satu sebab kenapa seseorang itu ingin mengembara ke luar negara.

Tapi bagi kita yang muslim sudah pasti ia menjadi satu kerisauan bagi kita. Sebabnya kita kena pastikan yang makanan itu halal atau tidak untuk kita makan.

Bagi yang nak pergi ke Jepun, kat sini min nak senaraikan beberapa makanan yang mesra muslim di Jepun.

1. Takoyaki

Takoyaki
sumber : japan-guide.com

Sapa yang tak kenal makanan jepun yang terkenal ni? Di Malaysia pun terdapat banyak kedai2 takoyaki yang dibuka di tepi jalan.

Walaupun bahan2 yang digunakan untuk membuat takoyaki ni boleh dimakan oleh kita, tapi tetap digalakkan untuk bertanya dahulu kepada tuan kedai. Sebab mungkin sos ataupun mayonaise yang digunakan terdapat bahan yang tidak halal.

2. Taiyaki

Taiyaki | THIS IS JAPAN
sumber : thisis-japan.com

Rangup diluar dengan isian yang lembut di dalam, perghhh. Sapa je yang tak nak rasa waffle yang berbentuk ikan ni. Ni antara makanan yang wajib kita rasa kalau ke Jepun.

Terdapat pelbagai perisa untuk dinikmati dan yang paling popular ialah perisa kacang merah.

3. Shioyaki

12 Types of Japanese Street Food to Look Out For at Summer Festivals |  Japan Info

Shioyaki ialah ikan bakar yang disaluti dengan garam dan dicucuk dengan lidi seperti satay. Ikan yang dibakar biasanya ikan mackerel. Dapat makan panas-panas terutama bila tiba musim sejuk! fuhhh nikmat yang tak dapat diungkap oleh kata-kata.

4. Kaminari-okoshi

TOKIWADO KAMINARI OKOSHI | Asakusa Travel Guide

Kaminariokoshi ialah rice puff tradisional yang datang dengan pelbagai perisa. Terdapat sebuah kedai di Asakusa, Tokiwado Kaminari-okoshi Honpo yang terkenal dengan mengeluarkan produk ini dalam pelbagai bentuk dan perisa.

Lebih baik lagi, Japan Halal Foundation iktiraf sebahagian produk dalam kedai itu sebagai produk yang halal. Akan terdapat logo JHF di produk itu, jadi tak perlu risau ketika nak memilih yang mana satu yang halal.

Dah tak perlu risau dah kalau nak pergi Jepun. Dah tau mana nak cari makanan yang halal kan!

Selamat mengembara pembaca semua.

Sumber : https://blog.halal-navi.com/en/10-muslim-friendly-street-food-not-miss-japan/

https://www.havehalalwilltravel.com/muslim-friendly-japanese-snacks

Kongsi di media sosial :

Share on whatsapp
WhatsApp
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Baca artikel lain

Ramadan Di Turki

Di Malaysia, kita mempunyai tradisi tersendiri semasa di bulan Ramadan. Antaranya seperti Bazar Ramadan yang menyediakan pelbagai jenis juadah berbuka

Baca lanjut »