Pakistan : Etnik, Budaya dan Agama

Pakistan merupakan salah satu daripada 10 negara teratas yang mempunyai jumlah penduduk paling ramai iaitu seramai 220 juta penduduk.

Suatu ketika dahulu, Pakistan telah diperintah oleh beberapa Dinasti dan Empayar termasuk Mongol dan Kesultanan Delhi. Jadinya, terdapat lebih daripada 60 bahasa yang dituturkan di Pakistan. Bahasa rasmi di Pakistan adalah bahasa Urdu dan boleh dipertuturkan lebih 80% penduduk di situ.

Pakistan mempunyai 4 etnik majoriti dan beberapa kumpulan etnik kecil yang lain.

gambar dari : quora.com

1. Punjabi

Masyarakat Punjabi merupakan etnik majoriti yang berada di wilayah Punjab yang terletak di Pakistan dan India Utara. Orang-orang Punjabi membentuk lebih kurang 45% penduduk di Pakistan dan merupakan etnik yang paling ramai.

Punjabi secara tradisinya adalah terbentuk dari budaya dan geografi, dan tidak terikat dengan agama. Walaubagaimanapun, umat Islam dan Hindu menjadi majoriti agama dalam kalangan Punjabi. Budaya Punjabi merupakan salah satu budaya tertua yang wujud di dunia.

2. Pashtun

Pashtun merupakan etnik kedua terbesar di Pakistan dan membentuk lebih kurang 15% daripada jumlah penduduk di situ. Ia adalah etnik yang dominan di Afghanistan dan Pakistan yang berasal dari Iran Timur yang bertutur dalam Pashto.

Mengikut sejarah, Pashtun mestilah seorang muslim dan mengikut kod Pashtunwali. Ia adalah kod yang mentakrifkan budaya Pashtun dan melibatkan sistem kesukuan sendiri.

3. Sindhi

Sindhi adalah penduduk asal di wilayah Sindh di Pakistan. Ia membentuk 14% penduduk Pakistan. Islam mempunyai pengaruh besar terhadap penduduk yang awal tinggal di wilayah ini.

Selepas kemerdekaan negara Pakistan, sebahagian besar masyarakat Sindhi berhijrah ke India. Sindhi di Pakistan kebanyakannya beragama Islam, Hindu dan Sikh. Budaya Sindhi amat dipengaruhi oleh Islam terutama nama-nama mereka.

4. Saraiki

Saraiki merupakan sub-kumpulan orang Punjabi yang bertutur dalam dialek Saraiki. Ia membentuk lebih kurang 8% penduduk Pakistan walaupun majoriti mereka dikira dalam kalangan Punjabi.

Masyarakat Saraiki mengamalkan beberapa agama tetapi majoritinya adalah beragama Islam. Budaya mereka pula dipengaruhi oleh budaya Punjabi.

5. Kumpulan Etnik Kecil

Kumpulan etnik minoriti di Pakistan termasuklak Muhajir yang berasal dari Arab dan Balochi yag ditemui di barat daya Pakistan. Keseluruhan kumpulan etnik kecil di Pakistan membentuk lebih kurang 18% penduduk Pakistan.

Berminat untuk ke Pakistan. Jom join trip kami mengembara ke Pakistan. Boleh klik sini untuk dapatkan maklumat lanjut.

Kongsi di media sosial :

Share on whatsapp
WhatsApp
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Baca artikel lain