Panduan Solat dalam Kapal Terbang

Ramai yang mungkin masih keliru tentang bagaimana nak solat dalam kapal terbang terutama yang mengambil masa selama hampir satu hari perjalanan.

Sebagai umat islam, solat adalah perkara yang wajib dilakukan. Ianya tiang agama, tiada alasan untuk meninggalkannya.

Sekarang, dah ada airline yang membuat ruangan solat dan ikut saja panduan yang diorang sediakan. Tapi, bagaimana pula jika kapal terbang yang kita naik tiada ruang itu.

Islam itu mudah. Kita dibenarkan untuk solat dengan secara duduk di atas kerusi masing-masing. Dah duduk dengan selesa, mulakan solat dan angkatlah takbiratulihram. Kalau tak tahu kaifiat solat secara duduk, zaman sekarang ni boleh je cari semua tu di hujung jari. Ramai orang yang beri perkongsian mengenainya.

Walaupun ada yang kurang yakin solat dalam kenderaan seperti kapal terbang, bas, kereta api dan sebagainya. Masuk waktu solat, kita tetap kena solat. Jadi solatlah. Kalau tak yakin juga, qada solat itu setelah tiba ke destinasi yang dituju, tiada masalah.

Berkenaan dengan kiblat, jika kita tahu arah dan mudah untuk menghadapnya. Hadapkanlah wajah kita ke arah itu. Jika tidak, memadai dengan menghadap ke hadapan.

Sebagai seorang yang bermusafir, kita juga diberikan rukhsah untuk jama’ dan qasar. Jika sesuai dengan waktu, eloklah kita lakukannya sebelum berlepas.

Kalau masih ada yang keliru ataupun tak tahu. Itulah tujuannya sebuah pembelajaran. Boleh layari panduan ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkara ini.

Selamat Mengembara. Jom mengembara dengan kami.

Kongsi di media sosial :

Share on whatsapp
WhatsApp
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Baca artikel lain