Pelancong Malaysia boleh memasuki Jepun tanpa kuarantin atau ujian PCR

Kon’nichiwa again, Japan!

Berita baik untuk semua para Traveler! Bermula 10 Jun, pelancong Malaysia boleh memasuki Jepun tanpa perlu menjalani ujian PCR dan kuarantin.

Menurut Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan Jepun Kuala Lumpur (JNTO), pelawat dari negara-negara dalam senarai “biru” (termasuk Malaysia), tidak lagi akan dikenakan ujian PCR semasa ketibaan dan kuarantin sebaik sahaja mendarat di Jepun.

“Khusus untuk tujuan pelancongan, penyertaan bersyarat akan dibenarkan mulai 10 Jun dan seterusnya bagi mereka yang melancong dalam kumpulan pelancongan yang dikendalikan oleh agensi pelancongan.

Pejabat Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan Jepun Kuala Lumpur mengambil pengumuman ini sebagai langkah ke arah penyambungan semula sepenuhnya perjalanan ke Jepun dan akan terus memberikan maklumat terkini kepada semua orang dan berusaha untuk mempromosikan perjalanan ke Jepun,” kata JNTO dalam satu kenyataan bertarikh 27 Mei. .

Ini bermakna ia khusus kepada mereka yang melancong dalam kumpulan pelancong bersama agensi pelancongan.

Jadi apa yang korang tunggu? Jom start panning perjalanan korang ke Jepun!

Kongsi di media sosial :

Share on whatsapp
WhatsApp
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Baca artikel lain