Pembaharuan Passport Malaysia secara atas talian

Jabatan Imigresen Malaysia mengumumkan bahawa pelaksanaan pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa adalah hanya secara atas talian (online) sahaja mulai 11 Mei 2022. Ini bermakna kita tidak perlu lagi hadir secara terus (walk-in) ke mana-mana cawangan pejabat imigresen untuk pembaharuan pasport.

Jadi, ini juga bermakna temu janji yang telah dibuat juga tidak akan diguna pakai selepas 11 Mei 2022.

Tapi bukan semua orang boleh membuat pembaharuan pasport secara atas talian, ada beberapa kategori yang mereka perlu datang secara terus ke pejabat imigresen.

Antaranya ialah permohonan kali pertama, warga emas (60 tahun keatas), OKU, kanak-kanak (13 tahun kebawah), jemaah haji, sambung belajar ke luar negara (21 tahun kebawah) dan pasport yang rosak atau hilang. Mereka ni sahaja yang layak datang secara terus untuk permohonan pembaharuan pasport.

Bagi yang ada masalah cap jari pula, mereka boleh teruskan buat permohonan secara atas talian. Kemudian, hadirkan diri ke pejabat yang dipilih untuk pengambilan semula cap jari.

Jabatan Imigresen juga telah mengumumkan mengenai pemanjangan waktu operasi bagi jabatan pengeluar pasport di seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut boleh layari portal rasmi Jabatan Imigresen dan mengikuti perkembangan mereka di laman sosial seperti facebook dan lain-lain.

Selamat Mengembara.

Kongsi di media sosial :

Share on whatsapp
WhatsApp
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Baca artikel lain