Assalamualaikum semua, alhamdulillah min baru sahaja pulang dari bawa trips (ALPS VENTURES) pada 1-10 Mac yang lalu. Insha Allah, min akan kongsi kan pengalaman sepanjang 10 hari min bawa trips ke sana.
Kami bertolak dari KLIA pada 28 Feb (malam) dan tiba di Zurich, Switzerland pada pagi keesokan harinya 1 Mac. Setelah tibanya kami di Zurich dan keluar dari Airport, kami terus menuju ke destinasi pertama kami iaitu Old Town Bern dan juga Barengraben.
Menariknya di Old City Bern ni, bangunan-bangunan di sini masih terpelihara dengan struktur dan senibina asal sehingga bandar ini diiktiraf sebagai salah satu tapak warisan dunia UNESCO. Buka sahaja sturuktur luaran tetapi dalamannya juga masih mengekalkan ciri-ciri senibina yang asal. Selepas itu, kami bermalam di Interlaken.
Hari yang seterusnya kami menyambung perjalanan kami ke Lauterbrunnen.
Di sini kami menaiki kereta kabel ke Gunung Murren. Dah sampai atas gunung tu konfem la kena mengopi dulukan sambil bertemankan pemandangan gunung yang cantik dibelakang bak lukisan. Allahuuu cantiknya
Dah selesai mengopi tu kami teruskan perjalanan dan singgah ke Staubachfall. Disini dari jauh kita dah boleh nampak air terjun Staubachfall ni. Air terjun antara tempat yang bagi min memang wajib akan ambil gambar.
Staubachfall adalah antara air terjun yang tertinggi di Eropah. Kat sini memang best kalo kita nak bergambar. Terutama kalau kita dapat naik atas sikit, kita boleh nampak pemandangan kampung Lauterbrunnen tu dari atas.
Selesai sahaja jalan2 di Staubachfall tu, kami pon pulang ke Interlaken dan bershopping untuk membeli cenderamata di bandar Interlaken dan bermalam di situ.
Pada hari keempat, kami pergi pula ke Lucerne tapi sebelum sampai ke Lucerne kami singgah dulu di Tasik Blausee.
Tasik Blausee ni tersangat la cantik dengan warnanya yang biru dan airnya yang boleh dipanggil crystal-clear water. Walaupun nak masuk situ berbayar tapi ianya sangat la berbaloi. Dengan adanya duit itu juga la mereka dapat memelihara kawasan tasik itu supaya sentiasa cantik dan bersih.
Nah, tengok gambar bawah ni kalau tak percaya
Lepastu kalau dah sampai Switzerland ni mana boleh kalau kita tak singgah tempat yang menjadi kegilaan ramai selepas melihatnya dalam drama korea yang popular Crash Landing On You. Betul tak ?
Jadi kami pon singgah juga ke Tasik Iseltwald sebelum sampai ke Lucerne.
Huhu, tempat ni memang sangat cantik. Memang tak rugi la datang walaupun hanya untuk ambil gambar. Tapi tak boleh la kita nak main piano kat situ ye. HaHa
Akhirnya kami sampai juga di Lucerne
Sampai sini sahaja dulu untuk hari ni.. Inshaa Allah nanti min sambung lagi.
Korang nak tahu apa aktiviti kami di Lucerne
Kenalah follow IG dan FB kami Jomventures Muslim Travel.