Pengalaman Trip Alps Ventures 3 Negara (Swiss -Germany – Austria) PART 2

Apa khabar semua? Assalamualaikum. Kali ni min nak sambung cerita yang sebelum ni

Mesti korang nak tahu apa aktiviti2 kami yang seterusnya kan

Aktiviti yang seterusnya, kami pergi pula ke Mount Titlis

Dekat Mount Titlis ni, pelbagai aktiviti yang kami buat antaranya Tube Sliding, masuk Glacier Cave dan berjalan di Titlis Cliff Walk.

Nak naik atas tu mcm biasa la kita kena naik kereta kabel. Tempat tinggi kan

Dah sampai atas tu, kami pun terus la ke Tube Sliding. HuHu. Seronok sangat kami dapat main slide guna tube ni terutama slide atas salji kan. Korang kena cuba main slide kat sini. Best sangat

Bila dah turun bawah tu pastu nak try lagi skali, tak perlu risau. Tempat tu ada sediakan escalator untuk kita naik ke atas semula dengan tiub2 skali.

Ha.. nampak tu nak turun bertiga pon boleh. Memang best.

Selesai bersliding kami pergi ke Glacier Cave dan Cliff Walk pula

Tengok tu. Happy je muka puan dalam gambar tu. Nampak seronok sangat kan

Korang kena datang sini untuk rasa pengalaman walk ni

Lepas tu kami akan bergerak ke Schwangau, Germany tapi sebelum tu kami singgah dahulu di Rhein Fall

Untuk pengetahuan korang, Rheinfall ni adalah air terjun yang terbesar di Switzerland.

Tengok tu, cantik betul air terjun tu kan siap ada pelangi lagi. Taknak ke join kami ke sini. hehe

Kami pon teruskan perjalanan kami ke Schawangau. Sebelum sampai ke Schwangau tu, tempat pertama kami singgah di Jerman adalah Neuneuschwanstein Castle.

Nak pergi ke castle tu ada special dia. Nak gerak ke situ kita naik kereta kuda. Haa amacam terbaik tak.

Dan kami pon bermalam di Schwangau.

Esoknya, kami pergi ke Bandar Salzburg

Kat situ kami jalan pusing2 kat bandar tu sambil cuci2 mata kalau ada yang nak bershopping

Lepastu kami bertolak ke Hallstatt dan bermalam disitu

Di Hallstatt pula, tak sah la kalau kita tak bergambar kat situ.

Rugi besar kita kalau takde gambar kat situ, cantik benar pemandangannya.

Tengok tu, dengan tasiknya yang biru, bangunan2 dengan struktur yang lama di persisiran tasik tu.

perghhhhh. cantik sangat wuuuu

Hari berikutnya, kami kembali semula ke Germany dan singgah ke Allianz Arena dan Old Town Munich

Peminat2 bola sepak mesti la tahu ni tempat apa kan. Konfem lah wajib singgah, ni lah rumah bagi Fc Bayern Munich.

Kami juga pergi melawat Old Town Munich dan pusing2 lah di situ melihat bangunan2 yang menggunakan struktur2 lama.

Kami pon bermalam di Munich.

Keesokannya iaitu hari yang terakhir, kami kembali semula ke Zurich. Kami pon jalan2 la dulu di Zurich tu sebelum ke airport untuk flight balik pada waktu malam.

Alhamdulillah, tamat sudah perjalanan kami selama 10h ke 3 negara tu.

Ha, mesti ada yang berminat nak pergi lepas tengok pengalaman trip yang kami bawa kali ni kan.

Jom tengok pakej2 percutian yang kami sediakan untuk anda.

https://www.facebook.com/jomventures

https://instagram.com/jomventures

Kongsi di media sosial :

WhatsApp
Facebook
Twitter

Baca artikel lain