PENUTUP SISTEM PEMBENTUNGAN YANG VIRAL DI JEPUN !!

SISTEM PEMBENTUNGAN ATAU NAMA VIRALNYA ADALAH “ MANHOLE”.

 Semua orang atau pembaca di sini tahu yang sistem pembentungan adalah tempat yang kotor dan jijik untuk didekati kerana yelakan di situlah terletaknya semua kotoran.

Jangan kata sistem pembentungan kalau boleh kita ini penutup sistem pembentungan ini pun kita tak nak dekat. Sebab apa? Kebanyakan akan kata busuk, hanyir dan macam-macam lagi.

Tapi anda semua boleh terfikir tak?  Bagaimana anggapan orang tentang sistem pembentungan ini boleh berubah hanya dengan menjadikan penutup sistem pembentungan ini menjadi cantik dan menarik.

Ini lah yang dilakukan oleh orang Jepun, mereka menjadikan tempat yang tidak disenangi ini menjadi tarikan kepada pelancong dengan mengubah konsep penutup sistem pembentungan ini daripada buruk kepada satu tarikan yang luar biasa.

Betapa kreatifnya rakyat Jepun ini kan, rakyat Jepun memang sangat terkenal dengan daya pemikiran yang kreatif lebih-lebih lagi dalam mencipta teknologi yang canggih dan moden.

Setiap bandar dan pekan di Jepun ini mempunyai reka bentuk penutup sistem pembentungan yang tersendiri yang mana melambang kan keunikan di kawasan tersebut. Reka bentuk pada penutup “Manhole” ini direka mengikut apa-apa sahaja benda yang unik di kawasan tersebut seperti lambang istana, bunga sakura, kegiatan tradisional, pahlawan lagenda dan lain-lain. Dan setiap bandar mempunyai penutup pembentung yang istimewa bagi memberi tarikan pada pelancong untuk memburu penutup pembentung tersebut.

Credit: Artistic-approach.com

Diatas ini saya kongsikan contoh penutup pembentung yang sangat susah untuk dijumpai.

Penutup pembentung ini bukan sahaja memiliki warna dan reka bentuk yang cantik dan luar biasa tetapi ia juga memiliki maksud yang tertentu di sebalik warna dan ukiran yang dihasilkan.

Sebagai contoh saya akan kongsikan “Manhole” yang unik beserta maksud di sebalik ukiran dan warna dari penutup pembentung tersebut.

Manhole Osaka

Credit: Muza-chan.com

Penutup pembentung di daerah Osaka menggunakan ukiran Istana Osaka yang sangat terkenal dari zaman Shogun pada zaman permulaan Jepun dahulu. Dan ukiran di kiri dan kanan Istana tersebut ada ukiran bunga sakura menunjukkan halaman istana ini akan dipenuhi dengan bunga sakura bila tiba musim bunga.

Manhole Ueno

Credit: RIT.com

Kalau anda ke Tokyo pada musim bunga sakura jangan lepaskan untuk singgah di Taman Ueno kerana di sini akan menjadi tempat terbaik untuk anda menangkap gambar dalam posisi yang cantik berlatar belakangkan keindahan bunga sakura. Disebabkan itulah penutup pembentung di Ueno dihiasi dengan ukiran pohon sakura yang rimbun.

Manhole Hakodate

Credit: Hakodate flickr

Di Jepun setiap bandar dan kampung mempunyai makanan istimewa yang tersendiri, seperti Hokodate ini adalah bandar pelabuhan yang sangat terkenal dengan makanan laut yang pelbagai dan yang terkenal sekali di Hakodate ini adalah sotong. Dan Hakodate ini terdapat satu tarian tradisional penduduk Hakodate iaitu tarian sotong. Dan disebabkan itulah penutup lubang di Hakodate diukir dengan ukiran sotong menandakan bahawa Hakodate adalah bandar yang mempunyai keistimewaan dengan tarian sotong dan makanan laut mereka.

Manhole Himeji

Credit: Himeji the ASEAN post

Istana Himeji adalah salah satu istana yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai tempat yang bersejarah di Jepun. Jadi pada anda semua yang nak melawat istana ini cuba perhatikan penutup pembentung di Istana Himeji ini, anda akan lihat ukiran burung bangau dan ukiran bunga orkid putih. Kenapa ukiran bangau? Tiada kaitan kan dengan istana raja , sebenarnya Istana Himeji ini mempunyai nama panggilan iaitu bangau putih dan bunga orkid putih tersebut adalah lambang pada Bandar Himeji.

Sebenarnya banyak lagi “Manhole” yang unik di Jepun ini kalau nak terangkan satu persatu mungkin 5 jilid kitab perlu ditulis untuk penerangan semua maksud “Manhole” tersebut.

Contoh-contoh Manhole yang unik dan cantik.

Jepun adalah negara yang boleh menjadi contoh dalam membina pembangunan yang kreatif dan unik. Bayangkan tiada negara yang menjadikan sistem pembentung sebagai bahan untuk menjadi tarikan pelancong, tetapi Negara Jepun telah menginobasi kan idea  dengan menjadikan penutup pembentung sebagai bahan tarikan pelancong.

Artikel ini telah ditulis oleh Muhammad Abdullah Bin Jumali

Abdullah adalah sorang Tour Leader yang berpengalaman dalam bidang pelancongan lebih kurang 2 tahun. Bukan sahaja menjadi Tour Leader di Jepun malah beliau juga berpengalaman ke negara Eropah dan India kini beliau lebih mengfokuskan menjadi Tour Leader di Jepun sebagai negara pilihannya kerana keunikkan Jepun yang membuatkan beliau jatuh hati pada negara Jepun.

Kongsi di media sosial :

WhatsApp
Facebook
Twitter

Baca artikel lain