Perbezaan Pakaian Tradisi pada Hari Raya Aidilfitri

Hi semua! Blog yang lepas dah ada cerita berkenaan dengan suasana hari raya di luar negara. Korang boleh klik kat sini https://jomventures.com/blog/sambutan-hari-raya-di-perantauan/ kalau nak baca balik okay. Kali ni min nak share berkenaan dengan pakaian pulak. Jom kita tengok jenis2 pakaian yang kebanyakkannya dipakai oleh masyarakat di negara luar. Tapi sebelum tu, kena lah start dengan negara sendiri betul tak hehe

1. Malaysia

sumber: carousell.com

Setiap tahun pastinya masyarakat di Malaysia tertunggu-tunggu untuk membeli baju raya. Bahkan ada yang sudah standby beberapa bulan awal sebelum menjelangnya hari raya. Baju kurung dan baju melayu merupakan pakaian yang dipakai oleh hampir keseluruhan masyarakat di Malaysia. Kini, baju kurung telah didatangi dengan pelbagai jenis style yang sangat menarik antaranya baju kurung moden, kedah, kecak musang, teluk belanga dan macam-macam lagi lah! Bagitu juga baju melayu yang mempunyai style dan warna yang pelbagai.

2. Indonesia

sumber: lifestyleokezone.com

Bagi yang perempunan, baju kebaya yang terdiri daripada blaus kebaya, skirt panjang/skirt sarung merupakan pakaian tradisional yang kebiasaannya dipakai oleh mereka ketika hari raya. Kalau nak upgrade sikit, ia mempunyai sulaman, bercorak batik atau sebagainya.

3. Oman

Lelaki di Oman kebiasaannya dilihat memakai jubah putih panjang atau juga disebut sebagai dishadasha. Pakaian itu diserlahkan lagi dengan memakai kumma (topi bersulam) ataupun mussar (serban) yang cantik.

4. U.A.E.

sumber: flickr.com

Lelaki di UAE terkenal dengan penutup kepala dan jubah tradisional mereka, yang dipanggil keffiyeh dan thobe. Hal yang uniknya adalah ia kebiasaannya hanya dipakai di negara Arab sahaja.

5. Pakistan

sumber: TechnologyHQ.com

Salwar Kameez merupakan pakaian tradisional yang mempunyai reka bentuk yang rumit dan sulaman yang cukup mengagumkan. Wanita di Pakistan akan memakai pakaian yang cantik dan pelbagai warna ini pada hari2 istimewa seperti hari raya Aidilfitri.

6. Palestine

sumber: palestineinabox.com

Pakaian yang dikenali sebagai ‘Thube‘ ini mempunyai sulaman benang merah yang agak rumit dan dihiasi dengan cermin kecil. Unik dan cantik bukan?

Nak tengok dan lihat sendiri mereka pakai pakaian2 ini? Bolehlah cuba mengembara pada hari2 perayaan di sana! Mesti banyak pengalaman yang best korang akan dapat.

sumber drpd https://www.islamicfinder.org& https://www.fnp.sg/blog

Kongsi di media sosial :

Share on whatsapp
WhatsApp
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Baca artikel lain