Bagaimana anda boleh menikmati perlancongan yang minimalis? Pasti anda pernah menyaksikan situasi di lapangan terbang di mana kebanyakan mereka yang ingin melancong membawa bersama barangan berlebihan, tidak kiralah sama ada terlebih bagasi, beg membawa cenderamata mahupun barangan shopping? Atau, adakah anda salah seorang daripadanya?
Yes!!! Memang betul, apabila kita menyediakan keperluan untuk melancong, terutama orang perempuan, kita akan sentiasa merancang untuk bersedia menghadapi pelbagai jenis situasi. Kalau boleh, semua perkakas di dalam rumah ingin dibawa bersama. Dari sekecil-kecil benda kepada perkara utama semuanya berlegar-legar di dalam fikiran. Contohnya, bagaimana kalau kita tidak jumpa syampu atau sabun mandi mahupun snek pilihan di negara tersebut? Itu yang akhirnya bagasi kita menjadi terlebih muatan!
Sejujurnya, ketika melancong anda tidak akan pernah lari daripada menghadapi sebarang masalah sama ada kecil mahupun besar. Pasti akan ada benda yang tak kena! Namun, itu semua bukan bermakna percutian yang dirancang tidak sempurna, tetapi pilihan untuk melancong secara minimalis akan menjadikan anda seorang yang jauh lebih tenang menghadapi pelbagai jenis situasi dan anda akan mendapat kebebasan untuk memilih secara tidak terhad.
Pemilihan pakaian yang tepat.
Tips pertama ialah memilih tema pilihan pakaian yang sesuai dalam pelbagai jenis situasi, mengikut destinasi yang telah dirancang. Berdasarkan pengalaman sendiri, kebanyakan daripada kita sebenarnya hanya memakai 20% daripada keseluruhan pakaian yang kita ada, jadi untuk melancong adalah lebih baik untuk membawa pakaian yang selesa dan fit in. Anda sentiasa boleh basuh pakaian yang dibawa dan ulang untuk memakainya ketika melancong. Dengan cara ini, anda boleh menjadi lebih kreatif di dalam pemilihan OOTD.
Menggunakan packing cubes untuk mengemas dan menyusun pakaian anda.
Apa itu packing cubes? Packing cube ialah bag yang berbentuk kotak yang dilengkapi dengan retsleting unruk menyimpan barang yang sesuai dengan kategori masing-masing dalam pelbagai saiz.
Menggunakan packing cubes sangat membantu untuk organize barang – barang yang kita hendak bawa semasa melancong. Paling penting sekali, ia dapat menjimatkan ruang yang banyak terutama untuk anda yang mempunyai banyak barang dan ia sangat convenient dan memudakhan anda untuk mencari barang yang hendak digunakan.
Memilih barangan melancong pelbagai guna, seperti kasut.
Terdapat pelbagai cara untuk anda memilih kasut untuk dibawa melancong. Anda boleh memakai kasut yang versatile dan sesuai untuk dipadankan ke mana-mana acara atau utamakan keperluan dengan memilih kasut yang mempunyai fungsi yang spesifik. maksima dua atau tiga pasang kasut sudah memadai untuk dibawa. Sepasang kasut selesa tetapi versatile, kasut untuk aktiviti riadah dan sukan, kasut ringkas jenama Flip Flops untuk keperluan pantai dan aktiviti air dan kasut untuk bersiar-siar (flat decent shoes) yang boleh terus dipakai semasa bertolak ke lapangan terbang. Dengan cara ini, anda boleh menjimatkan lebih banyak ruang untuk bagasi anda.
Re-checked luggage selepas selesai mengemas.
Tips ini berguna bagi mereka yang inginkan perlancongan yang minimalis. Selepas selesai mengemas, adalah lebih digalakkan sekiranya anda check semula luggage yang telah dikemas dan re-check barang-barang yang hendak dibawa dan digunakan sepanjang tempoh anda di negara orang. Pasti akan ada terselit satu atau dua barang yang akhirnya anda sedar, anda tidak akan memakainya dan tidak memerlukannya.
Fokus untuk memaksimakan pengalaman melancong.
Dalam cara yang sama mengemas barang secara berlebihan dan menjadi seorang perfectionist dan in control akan membebankan anda, begitu juga dengan over-planning atau sikap terlalu bersedia. Set dalam minda yang setiap perancangan pasti akan ada kekurangannya dan penting untuk kita menjadi lebih fleksibel sekiranya keadaan memerlukan terutama ketika dalam waktu bercuti. Bukan untuk menggalakkan anda menjadi seorang yang tidak bertanggungjawab dan ambil mudah, tetapi belajar untuk pandai mengutamakan keperluan mengikut keadaan. Buat full preparation terutamanya dari segi tiket penerbangan, waktu dan tempat penginapan. Selebihnya, rancang mengikut situasi dimana ia akan menjadikan anda lebih tenang.
Fokus dengan itinerary yang telah dibuat.
Melancong secara minimalis juga bermaksud anda perlu meminimakan kehendak lawatan. Yes!!! Sudah pasti apabila kita melawat negara orang kita akan berasa sangat teruja dan melawat semua tempat menarik yang ada.
TETAPI, sebaiknya, rancang lawatan anda dengan fokuskan tempat-tempat yang berdekatan dahulu dan tidak memerlukan tempoh perjalanan yang lama atau fokuskan sehari satu kawasanyang berdekatan. Dengan cara ini, anda akan lebih banyak belajar dan merasai pengalaman secara maksima daripada menghabiskan waktu di dalam transport untuk sampai ke destinasi.