Sedar tak sedar bulan Ramadhan sudah pon tiba. Feel happy dan sangat teruja kerana kita semua tahu bulan ini merupakan bulan yang sangat mulia disisi islam and we as a muslim sangat menanti-nantikannya. Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan kebaikan dan keberkatan jadi mesti banyak persiapan yang patut kita lakukan. Pada bulan ini juga Allah SWT membuka seluas-luasnya pintu syurga, menutup pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan yang ada untuk memastikan kita membersihkan diri kita sebersih-bersihnya. Jangan sia-siakan Ramadhan kali ini kerana kita tidak tahu mungkin ini Ramadhan yang terakhir buat kita semua. Jadi tunggu apa lagi? Disini saya sertakan persediaan yang perlu kita lakukan pada bulan Ramadhan:

1) Tidur awal

Tidur di awal waktu penting untuk memastikan tubuh badan kita dapat rehat yang cukup. Latih diri untuk tidur awal agar kita dapat bangun awal keesokan harinya. Cuba ubah corak waktu tidur kita perlahan-lahan agar rutin di bulan Ramadhan dapat dimudahkan. Hal ini kerana, kita perlu bangun sahur untuk makan dan minum supaya kita kekal bertenaga pada esok harinya. Secara tidak langsung kita juga dapat menambah pahala sunat kerana bersahur.

2) Jaga kesihatan

Menjaga kesihatan di bulan Ramadhan amatlah penting untuk mengekalkan kecergasan tubuh badan. Kita perlu memastikan tubuh badan kita kekal sihat sepanjang bulan Ramadhan supaya ibadah puasa dapat ditunaikan dengan sempurna. Pastikan diri kita kekal hydrated dengan minum air yang secukupnya dan yang paling penting makan makanan yang berkhasiat agar tubuh badan kita dapat tenaga yang mencukupi.

3) Memperbanyakkan berzikir

Berzikir merupakan salah satu cara kita mengingati Allah SWT. Dengan berzikir kita akan rasa ketenangan yang tiada penghujungnya. Di bulan yang mulia ini, marilah kita mengambil kesempatan merebut seberapa banyak pahala yang kita boleh dengan berzikir kerana ia tidak memerlukan masa atau tempat yang specific untuk melakukannya. Berzikir boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dimana juga anda berada.

4) Membaca dan Memahami Al-Quran

Bila tiba bulan Ramadhan mesti terdetik dihati untuk lebih dekatkan diri dengan al-Quran kan? Teruskan niat yang baik dan ikhlas itu kerana kita tahu pada bulan Ramadhan ini lah kita perlu merebut peluang untuk menghabiskan masa kita dengan al-Quran kerana pada bulan ini Allah SWT akan melipat gandakan pahala umatnya. Peruntukkan sedikit masa untuk kita membaca dan memahami terjemahannya dan jangan sia-siakan peluang yang ada.

5) Mendekatkan diri ke masjid

Mendekatkan diri ke masjid akan membuatkan kita dekat dengan Allah SWT. Hal ini kerana antara 7 golongan manusia yang mendapat naungan Allah SWT ketika di Padang Mahsyar adalah orang-orang yang hatinya terpaut dengan masjid. Tambahan pula, di bulan Ramadhan umat islam perlu mengerjakan solat sunat terawih iaitu solat yang sangat dituntut pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan. Jadi eloklah kita ke masjid, tidak dapat 5 waktu sekurang-kurang dengan solat terawih juga sudah cukup memadai.

Kongsi di media sosial :

WhatsApp
Facebook
Twitter

Baca artikel lain