Pilihan waktu untuk mengunjungi Switzerland

Disember – Januari

sumber: lifestyleasia.com

Ia merupakan bulan yang paling sejuk dalam setahun. Salji turun dengan kerap dan menjadikan suasana Krismas lebih meriah dan menarik. Walaupun suhu yang membeku, tetapi korang masih boleh menikmati langit biru dan matahari yang cerah di sana.

Februari – Mac

sumber: bookmundi.com

Suhu mula meningkat pada bulan tersebut serta akan lebih kerap hujan dan salji pada tempat tinggi. Pusat peranginan ski ketika ini sangat sibuk disebabkan oleh banyak sekolah mengambil pertengahan cuti penggal mereka.

April – Mei

sumber: holidaystoswitzerland.com

Musim bunga telah tiba! Korang dapat lihat bunga2 yang mekar dan rumput2 menghijau terutamanya di kawasan tanah rendah dan sekitar tasik. Kebanyakkan pusat peranginan ski akan ditutup manakala laluan mendaki pula akan dapat diakses.

Jun – Julai

sumber: newinzurich.com

Kebiasaannya keadaan menjadi lebih sesak ketika ini dan menyebabkan harga penerbangan serta penginapan meningkat dengan ketara. Ini kerana musim panas bermula, pemandangan gunung adalah yang terbaik pada ketika ini. Ia juga bermakna telah tiba masa yang indah untuk korang semua melakukan aktiviti mendaki. Laluan tertinggi mungkin masih tidak boleh diakses kerana salji tetapi majoritinya akan dibuka.

Ogos – September

sumber: expatica.com

Secara tradisinya, musim panas di Switzerland memang popular di kalangan para pelancong. Kita dapat menikmati lanskapnya yang menakjubkan sama ada ketika mendaki, pelayaran, kereta api atau juga menaiki basikal. Binatang ternakan seperti lembu tenusu dan biri-biri juga dilepaskan di kawasan2 gunung menjadikan permandangan terbaik yang sukar anda jumpai di tempat lain!

Oktober – November

sumber: planetware.com

Cuaca masih agak sederhana pada bulan Oktober kerana ia diantara musim luruh dan juga mungkin musim sejuk. Salji akan turun di pergunungan dan ini bermakna laluan mendaki yang lebih tinggi akan ditutup. Manakala keadaan semakin sejuk pada bulan November. Lereng ski pertama di pusat2 peranginan musim sejuk yang tinggi akan dibuka seperti Zermatt, Saas-Fee dan Verbier (tergantung pada cuaca / suhu).

Dah tahu cuaca dan keadaan di Switzerland pada bulan2 tersebut kan? Jadi apa pilihan korang? Korang nak main sajli ke, tengok bunga2 mekar atau mendaki? Buat pilihan berdasarkan kemahuan korang okay. Boleh book trip ke Switzerland dengan kami untuk inginkan percutian yang lebih menarik dan teratur! jomventures.com

Selamat Bercuti!

sumber: https://www.audleytravel.com/us/switzerland/best-time-to-visit

Kongsi di media sosial :

WhatsApp
Facebook
Twitter

Baca artikel lain