Raya nak dekat, dah ready ke belum?

Akhirnya….. Setelah 2 tahun kita tak dapat balik raya disebabkan PKP, tahun ini InsyaAllah kita boleh beraya dengan keluarga, kawan-kawan dan jiran tetangga di kampung halaman! Aaa seronoknyaa, admin2 di Jomventures tak sabar nak balik raya ni! Ye lah dah 2 tahun raya ala kadar, tahun ni kita all out lah. Persediaan raya dah settle ke belum? Okay jom kita check balik apa yang perlu kita siapkan

1. KUIH/BISKUT RAYA

sumber: rasa.com

Tahun lepas sediakan sikit je untuk makan dengan orang2 kat rumah. Tapi tahun ni kena lah lebih sikit kuih raya tu. Tart Nenas, Semperit Susu, Cornflakes Madu, biskut kacang…. Fuh sedapnya! Share sikit tahun ni korang buat kuih atau biskut raya apa jee. Kalau min, min beli je sebab yang beli lagi sedap daripada yang min buat sendiri haha

2. BAJU RAYA

sumber: malaymail.com

Disunnahkan bagi kaum Muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada Hari Raya. Imam Syafi’i berkata:

“Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.”

Pakaian terbaik dimaksudkan bukanlah baju baru. Akan tetapi amalan membeli pakaian baru telah menjadi kebiasaan kebanyakkan masyarakat apabila menjelangnya hari raya. Nak shopping boleh, tapi jangan sampai membazir tau!

3. MASAKAN MAKANAN RAYA

sumber: kisahresipi.com

Setelah sebulan berpuasa, maka tak hairanlah ramai yang excited dengan masakan makanan raya ni. Nak2 lagi makanan seperti lemang, ketupat, rendang daging, serunding yang jarang ditemui pada hari-hari biasa. Jangan lupa ambil peluang masak bersama-sama di rumah ini untuk kita dapat meluangkan lebih banyak masa bersama ahli keluarga!

4. KEMAS DAN HIAS RUMAH

Walaupun tetamu yang nak datang beraya hanya sebilangan kecil sahaja, tapi tetap kena bersihkan rumah. Kalau nak nampak lebih meriah, boleh lah hias rumah dengan lampu kelap kelip, pelita dan sebagainya. Maklumlah dah 2 tahun tak raya, kalini kenalah bersungguh sikit hehe

5. SET MOOD RAYA

Muzik boleh menjadi pengaruh yang kuat kepada minda dan badan tau. Jadi, boleh lah kita pasang lagu-lagu raya nanti bagi meriahkan lagi suasana tu. Baru lah Onz!

6. SEDIAKAN ‘DUIT RAYA’

sumber: says.com

Tradisi memberi ‘duit raya’ menjadi pelengkap hari raya kita! Senang je sekarang nak tukar duit raya sama ada kita boleh ke bank, mesin ATM itu sendiri dan juga ‘online transfer’ untuk mereka yang jauh.

7. NORMA BAHARU

sumber: eaterseattle.com

Dalam fasa ‘Peralihan ke Endemik’ ini, kita seharusnya sudah biasa dengan norma2 baharu. Walaupun raya nanti dah banyak SOP yang dilonggarkan, tapi nak atau tidak kenalah jaga diri semasa raya ni demi menjaga keselamatan keluarga tersayang. Dengan ini kita digalakkan memakai handsanitizer, pelitup muka dan menjaga jarak lebih2 lagi apabila bersama mereka yang berisiko tinggi. Kalau nak sediakan handsanitizer di rumah bagi tetamu yang akan datang beraya pun lagi bagus tau! Ini untuk memastikan kita dan keluarga kekal selamat sepanjang perayaan. Sayangi diri dan keluarga kita okay

Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir dan Batin daripada kami Team Jomventures!

Kongsi di media sosial :

WhatsApp
Facebook
Twitter

Baca artikel lain