Pernah dengar Golden Circle Road di Iceland? Tahu tak apa yang menarik? Haa kali ni min nak cerita sikit berkenaan Golden Circle Road yang sangat popular dikalangan para pelancong! Ia disebabkan laluannya yang melalui tempat-tempat yang paling banyak dikunjungi seperti Taman Negara Thingvellir, Geysir, Gulfos dan banyak lagi lah

1. Taman Negara Thingvellir

sumber: icelandtrippers.com

Þingvellir atau disebut sebagai ‘Thingvellir’ adalah perhentian paling terkenal apabila kita di Golden Circle! Ia merupakan Taman Negara pertama di Iceland dan telah menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO tau. Banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di sana antaranya melawat air terjun Oxarafoss, berjalan di antara Plat Tektonik, Pusat Pelawat Hakid (The Hakid Visitor Center), melakukan aktiviti snorkeling atau selam skuba di Silfra Fissure, menerokai Tasik Thingvallavatn dan macam-macam lagi tau

2. Geysir (pancutan air panas)

sumber: carsiceland.com

Pada hari ini, Geysir (perkataan Iceland yang bermaksud ‘meletus’) sudah kurang aktif. Tetapi, anda masih dapat melihat tempat dimana ia pernah keluar dan juga geiser-geiser lain yang lebih aktif di kawasan tersebur. Anda harus berada lebih jauh daripada geysir2 tersebut tau sebab air panas ini akan meletus setiap 6-10 minit. Kalau tak nak basah, pastikan anda (dan kamera anda) kalis air! hehe

3. Gullfoss (air terjun)

sumber: grayline.is.com

Tidak jauh dari Geysir, anda akan menemui Air Terjun Gullfoss yang menakjubkan! Air mengalir turun dalam 2 peringkat dimana 11m (36 kaki) tinggi dan satu lagi 21m (69 kaki) tinggi. Hebat kan! Disebabkan kabus yang dikeluarkan oleh Gullfoss, pelangi sering muncul di air terjun menjadikan permandangan lebih manakjubkan. Untuk makluman, Air Terjun Gullfoss ini dibuka sepanjang tahun tetapi laluan ke kawasan cerapan aras bawah ditutup pada musim sejuk atas faktor keadaan yang berais.

Walaupun kita boleh habiskan perjalanan ini dengan memandu selama 3 jam lebih sahaja, tetapi sudah tentu kita memerlukan masa untuk menikmati permandangan atau tarikan tempat tersebut, serta mengambil gambar dan makan di sana. Alang-alang sudah sampai, kenapa perlu rush untuk pulang kan? Nak2 lagi kita dah tahu apa yang menarik jika kita singgah. Jadi, jom lah spend lebih masa disana! Boleh ikuti trip Jomventures (jomventures.com) kami untuk sama2 kita terokai dunia Iceland!

Kongsi di media sosial :

Share on whatsapp
WhatsApp
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Baca artikel lain