Kalau balik dari melancong, mestilah kita nak beli barang dari sana untuk bawa pulang kan.. Lagi-lagi jika kita ke Turki. Banyak sangat pilihan sampai tak tahu nak pilih yang mana dah! Okay jom tengok apa yang min listkan tu, biar senang nanti sampai sana dah tahu nak pilih yang mana
1. Turkish Coffee
Bagi pencinta Coffee, semestinya anda memerlukan ini untuk dibawa pulang. Aromanya sahaja dapat membuatkan anda rasa rindu dengan Turki! Untuk jenis coffee, Kurukahveci Mehmet Efendi iaitu salah satu jenama kopi Turki tulen dan berkualiti tinggi yang paling terkenal. Walau bagaimanapun, jika anda ingin mencuba sesuatu yang sedikit berbeza, maka Kurukahveci Nuri Toplar panggang kayu api aromatik mungkin merupakan pilihan yang baik.
2. Turkish Apple Tea
Negara Turki mempunyai penggunaan teh terbesar bagi setiap orang di dunia. Ini bermakna teh memainkan peranan penting dalam masyarakat Turki. Secara tradisinya, jenis teh yang digunakan ialah teh hitam dan dihidangkan dengan gula. Walaupun teh epal jarang dimakan oleh masyarakat tempatan, tetapi disebabkan rasanya yang sedap membuatkan ianya menjadi keutamaan bagi para pelancong. Jadi jangan teragak-agak untuk mendapatkannya sebagai souvenirs!
3. Olive Oil
Turki diantara negara pengeluar minyak zaitun terkemuka di dunia dengan kualiti yang baik serta harga yang sangat berpatutan. Turki juga merupakan pembekal terbesar untuk Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat. Sebelum meninggalkan Turki, jangan lepaskan peluang untuk bawa pulang minyak zaitun okay!
4. Sumac (Rempah Ratus)
Jika anda menyukai makanan Turki, semestinya anda perlukan ini. Rempah ratus ini mempunyai perbezaaan yang besar berbanding rempah2 di negara sendiri. Tekstur yang agak kasar dan warna merah pekat menjadikan Sumac lebih popular di kalangan pelancong asing.
5. Kraf Tangan
Kraftangan di Turki sememangnya menarik pelancong untuk membelinya kerana ia mempunyai identiti Timur Tengah dan gaya Eropah serta keharmonian dan juga keunikan. Barangan yang menarik pandangan min seperti barang pasu bunga, semua jenis seramik, barang kemas buatan tangan dan banyak lagi lah!
6. Karpet
Seperti yang anda tahu, Turki sangat terkenal dengan permaidaninya. Salah satu barangan unik yang sering dibeli oleh pelancong adalah permaidani buatan tangan yang rumit untuk dibuat. Disebabkan buatan tangan, kualiti dan reka bentuk permaidani tersebut adalah perfect dan sukar dijumpai! Sama ada anda mahukan yang moden, yang tradisional, ataupun inginkan elemen budaya, semua nya pasti ada!
7. Turkish Delight
Ha yang ini mesti ramai dah tahu betapa unik rasanya. Turkish Delight (Lokum) ini diperbuat daripada tepung, gula dan kacang tambahan seperti pistachio, hazelnut, badam, perisa bunga dan juga lemon. Disebabkan warnanya yang cantik, ia sentiasa menarik minat para penggemar manisan.
Banyak lagi sebenarnya benda2 lain yang boleh jadikan souvenirs. Tapi kalini min nak korang pulak share dengan min hehe. Cuba comment sikit
Sumber: https://skyticket.com/guide/21964 & https://livingnomads.com/2021/09/what-to-buy-in-turkey/