Stonehenge : Sejarah Ringkas

Mesti ramai yang pernah dengar nama stonehenge ni bukan?

Ia adalah salah satu monumen sejarah yang paling popular di dunia. Susunan batu-batu besar yang unik membentuk sebuah bulatan ini terletak di Wiltshire, England.

Stonehenge - Wikipedia

Para pengkaji sejarah percaya yang binaan ini telah wujud sekitar 5000 tahun dahulu. Monumen Stonehenge ini telah menjadi pemilikan kerajaan british sejak tahun 1918 dan diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1986.

Pelbagai teori yang dikeluarkan para sejarawan mengenai pembinaan stonehenge ini. Ada yang mengatakan ia dibina sebagai tempat amalan ritual dan penyembuhan, ada juga mengatakan sebagai tempat kajian bintang dan macam-macam lagi.

Para arkeologi juga mengatakan yang monumen ini berubah-ubah mengikut peredaran zaman. Ia dikatakan adalah kerana daripada mendapan tanah yang berlaku dan juga akibat oleh kajian generasi dahulu.

Inilah sedikit sejarah ringkas yang dapat saya kongsikan. Selamat Mengembara!!!

Sumber : Sejarah Ringkas Stonehenge

Kongsi di media sosial :

WhatsApp
Facebook
Twitter

Baca artikel lain