Di Pakistan, terdapat sebuah tasik biru yang popular dalam kalangan pelancong yang diberi nama Tasik Attabad.
Tasik Attabad ini terletak kira-kira 8 ribu kaki dari aras laut di pergunungan Karakoram. Ia juga merupakan salah satu sebuah tasik yang unik di dunia. Ia kerana tasik ini baru sahaja terbentuk pada tahun 2010 dan mempunyai kisah yang sangat menarik mengenai pembentukannya.
Ia terbentuk dari kejadian tanah runtuh yang sangat dasyat yang pernah berlaku di kawasan itu. Jom ketahui apa yang menarik dari kisah ini.
Bagaimana terbentuknya tasik ini?
Pada tahun 2010, sebuah kampung bernama Attabad telah dilanda tanah runtuh yang besar. Terdapat juga laporan yang mengatakan batu-batu besar di pergunungan sekitarnya runtuh dan memusnahkan kampung tersebut.
Bersama Attabad, terdapat empat lagi kampung yang musnah dalam kejadian itu. Laporan menyatakan bahawa 20 orang telah kehilangan nyawa mereka dan lebih 6 ribu penduduk kampung yang kehilangan tempat tinggal mereka dan terkandas dalam kawasan itu selama beberapa hari.
Disebabkan runtuhan itu berskala besar, ia telah memusnahkan dan menghalang dua laluan. Iaitu Karakoram Highway dan Sungai Hunza. Disebabkan halangan itulah, air sungai di situ semakin naik hari demi hari membentuk sebuah tasik. Lebih sedih lagi, tasik itu menjadi sangat besar sehingga mencecah 21km dan menengelami beberapa lagi kampung yang ada di sekitar itu.
Tragedi ini menjadikan kawasan utara Hunza Valley terputus hubungan dengan dunia luar. Kerana satu-satunya jalan darat yang menghubungkan mereka iaitu Karakoram Highway telah tenggelam dan musnah .
Laluan perdagangan antara Pakistan dan China juga musnah. Jadi, mereka terpaksa menaiki bot kayu untuk merentasi tasik ini untuk ke bandar-bandar utama Pakistan.
Apa yang dikatakan keindahan disebalik malapetaka ini?
Kini dengan kerjasama Pakistan dan China, mereka telah membina jalan baru iaitu terowong yang menembusi pergunungan pada tahun 2015 dan Karakoram Highway yang bermula operasi pada tahun 2018 yang lalu.
Disebabkan itu, mereka tidak perlu lagi menggunakan bot untuk merentasi Tasik Attabad. Jadinya, bot dan sampan yang digunakan dahulu kini menjadi tourist experience yang wajib di Pakistan. Dengan kerjasama Pakistan dan China juga, mereka berjaya mengecilkan kawasan tasik ini dari 21km menjadi sebesar 2km sahaja.
Sebuah malapetaka kini telah menjadi salah satu keindahan yang berlaku di Pakistan. Tasik Attabad kini telah menjadi sebuah tarikan pelancong yang popular di Pakistan.
Berminat untuk sertai pakej Pakistan Explorer 11H9M?
Sila tekan di sini untuk dapatkan maklumat pakej.
Selamat Mengembara.