Tempat-Tempat Menarik di Trabzon

Trabzon ialah sebuah bandar yang terletak di Black Sea Coast dan mempunyai banyak peninggalan sejarah dan lanskap semula jadi yang indah.

Terdapat banyak tempat yang menarik untuk dilawati di Trabzon ni dan antaranya ialah :-

Uzungol

Uzongol adalah sebuah perkampungan yang dikelilingi dengan pergunungan hijau dan terdapat sebuah tasik di tengah-tengahnya. Ia juga adalah tempat paling popular untuk orang bandar meluangkan masa dengan alam semula jadi.

Sumela Monastery

sumber : medium.com

Keunikan struktur bangunan ini menjadikan ia sangat popular dalam kalangan pelancong. Ianya menakjubkan kerana terletak betul-betul di tebing curam.

Boztepe

Ia merupakan salah satu viewpoint yang tercantik di Trabzon. Terdapat juga taman teh terbuka dan gazebo berbumbung di situ untuk pelancong berkelah sambil minum teh dan menikmati pemandangan yang cantik ke arah laut.

Jom mengembara dengan jomventures. Selamat Mengembara.

Kongsi di media sosial :

WhatsApp
Facebook
Twitter

Baca artikel lain