Turki adalah sebuah negara yang menarik yang menawarkan pelbagai sejarah, budaya dan keindahan alam kepada pelancong. Dari keindahan pantai sehinggalah kemeriahan bandar-bandar yang ada di Turki. Tempat-tempat sedemikian mempunyai keunikan tersendiri dan melewatinya adalah satu tindakan yang tidak boleh dimaafkan apabila melancong ke Turki.
Istanbul
Istanbul, adalah sebuah bandar yang ikonik dalam Turki. Terletak di Selat Bosphorus, Istanbul adalah sebuah bandar yang merentangi dua benua iaitu benua Eropah dan Asia. Istimewanya, Istanbul adalah satu bandar yang sangat berbeza daripada bandar-bandar moden yang lain yakni dengan mengekalkan binaan-binaan yang terdahulu seperti binaan masjid dan istana bersama dengan binaan-binaan pencakar langit yang moden.
Pantai Turquoise
Bagi sesiapa yang menggemari cahaya matahari, laut dan pasir. Pantai Turquoise adalah tempat yang tidak dapat tidak mesti dikunjungi. Kawasan ini sangat terkenal dengan perairannya yang sangat jernih dan pantai yang menakjubkan.
Cappadocia
Cappadocia adalah sebuah kawasan yang berada di tengah-tengah Turki yang terkenal dengan landskap persekitaran yang unik. Pelancong juga boleh menaiki belon udara panas di sini bagi mendapatkan pemandangan dari atas yang menakjubkan. Untuk mendapatkan lagi pengetahuan berkaitan Cappadocia, pembaca boleh merujuk di sini.
Turki adalah sebuah negara yang menawarkan pengunjungnya segenap pelbagai pengalaman, dari mengamati bandar yang unik, bersantai di pantai dan melihat keindahan landskap yang tersangat cantik. Dengan keunikan yang ada, Turki adalah satu tempat yang benar-benar wajib dikunjungi.
Bagi sesiapa yang berhasrat untuk melancong keluar negara, terbanglah bersama kami di Jomventures.
Untuk melihat pakej kami, tekan di sini