Tips Bercuti Di London Buat Anda Jimat Duit dan Nak Cuba Travel Sendiri

Sebagai pelancong Dari Malaysia anda bermimpi untuk mengunjungi London tetapi , anda mesti berasa bahawa UK ini amat mahal. Walaubagaimanapun terdapat beberap tips anda boleh menguna untuk menjimat duit di London sampil mengalami keajaiban London.

1. Guna OysterCard lebih jimat

Dengan OysterCard anda boleh naik Tube(keretapi underground) dan bas di London tanpa had.Sebelum anda datang ke London anda digalakkan untuk pre order Osytercard secara online di laman web OysterCard.Mereka juga mempunyai hantaran percuma ke seluruh dunia. Kanak-kanak umur bawah 11 tahun tak perlu beli Oyster Card jika travel dengan orang dewasa, boleh naik percuma.

2. Melawat muzium-muzium di London secara percuma

Di London terdapat lebih dari 20 buah muzium tanpa dikenakan bayaran tiket masuk. Antara muzium best yang percuma ialah:
The British museum, Natural History & Sceince museum, Maritime museum, Imperial War museum, Horniman museum, Museum of London, Transport museum dan banyak lagi. Anda tidak perlu membayar untuk menikmati sejarah dan pengatahuan yang akan diberi oleh London.

3. Jimat di dewan makan Harrods

Salah satu cara lagi nak jimat duit makan, boleh pergi ke dewan makan Harrods 30 minit sebelum tutup, anda boleh beli makanan dengan harga runtuh. Kebanyakkan kedai makanan akan membuat jualan penghabisan Beli 1 Percuma 1.

4. Waktu sesuai travel bagi yang ingin berjimat

Fall Season

Untuk jimat kos, elakkan travel pada musim perayaan krismas, awal tahun baru dan cuti sekolah pada musim panas, kerana kos travel pada waktu tersebut tersangat mahal. Pertengahan September hingga awal Oktober, Mac hingga April antara waktu terbaik dan murah untuk datang ke London.

Bonus: Air Mineral

Air paip di London dikategorikan sangat bersih, jadi anda boleh minum air paip. Dapat jimat duit beli air mineral. Satu pound jimat banyak tu!

Jika berminat untuk mengikuti kami ke sini boleh klik sini untuk mengetahui maklumat lanjut tentang pakej kami.

Kongsi di media sosial :

Share on whatsapp
WhatsApp
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Baca artikel lain