Tips Jadikan Gambar Anda Menarik Ketika Travel

Media sosial pada hari ini menjadi satu kewajipan utuk seseorang insan. Setiap orang mesti ada media social bukan. Jadi bila pergi travel or melancong tu mesti nak post and share gambar-gambar melancong tu media social. Betul tak?. Tak kurang juga yang nak simpan gambar tu sebagai kenangan. Boleh la tunjuk pada anak cucu di kemudian hari yedok?. Haha, jadi hari ni kami di team Jomventures ingin berkongsi beberapa tips asas untuk mendapatkan gambar percutian ala-ala profesional gituu. Jommm :-

1. Gunakan tripod

Carilah tripod yang tinggi dan ringan supaya memudahkan anda membawanya ketika travel. Sebab anda memerlukan tripod ialah boleh adjust angle dan kedudukan kamera mengikut kemahuan anda. Gambar juga akan lebih statik dan pengunaan tripod amat diperlukan dalam keadaan persekitaran anda kurang cahaya ketika ingin mengambil gambar. Selain digunakan bersama Dslr tripod juga boleh digunakan bersama kamera telefon jika anda tidak mempunyai dslr.

2. Cari angle yang unik

Disini anda harus menggunakan imaginasi anda. Bayangkan dahulu angle yang mungkin menjadikan gambar anda boom. Ambil gambar daripada angle yang anda tidak biasa lihat. Kalau anda guna eye view, mungkin anda tidak akan berpuas hati kerana sudah biasa dilihat. Cuba gunakan low angle ke atau paras pinggang atau mungkin high angle jika tempat itu sesuai untuk letak tripod. Guna daya kreatif anda sendiri untuk mencari angle yang sesuai dengan keadaan anda ketika itu.

3. Gunakan grid

Pastikan anda mengaktifkan garisan grid pada kamera handphone anda. Jika anda belum mengaktifkan grid di handphone anda cuba periksa setting kamera handphone anda. Apa pentingnya garisan grid ini? Dalam fotografi tedapat satu konsep yang penting yang dipanggil ‘Rule of Thirds‘. Rule ini menjadikan gambar yang anda ambil seimbang dan juga menarik. Terdapat 4 titik persilangan pada garisan grid ini. Titik-titik persilangan ini di panggil sebagai titik fokus. Jika anda meletakkan objek fokus anda pada titik persilangan ini, gambar yang anda ambil menjadi lebih seimbang dan tidak kekok dipandang.

4. Jaga exposure dan lighting

Pemilihan cahaya yang tepat berupaya menghasilkan gambar berkualiti dan sempurna. Merakam potret di bawah sinaran matahari adalah cara unik, namun harus berhati-hati dengan bayang-bayang yang boleh mengganggu subjek anda. Masa nak ambil gambar, tekan pada skrin biar betul-betul fokus pada subjek. Lighting pun biar based on subjek. Baru tidak gelap sangat atau terlebih cerah

5. Edit gambar tersebut

Terdapat dua aplikasi yang saya sangat syorkan pada anda iaitu lighroom dan snapseed. Kedua-dua aplikasi ini dapat dimuat turun di handphone anda.Saya suka sangat aplikasi lightroom ini disebabkan interface yang simple dan semua yang saya nak sudah ada di sini. Anda juga dapat edit gambar dengan mudah. Selain daripada itu cara anda pilih warna gambar ibarat anda makeup muka anda. Tidak terlalu kontra dan tidak terlalu pekat warnanya. Anda adjust sikit sahaja warna dan kalau nak letak filter, pastikan tidak melampau kesan dia pada gambar.

Jadi macam mana guys?. Kami di team Jomventures berharap dengan sedikit tips dan perkongsian ni dapat membantu anda. Lepas ni pasti cantik la gambar-gambar percutian anda ala-ala photographer professional.

Kongsi di media sosial :

WhatsApp
Facebook
Twitter

Baca artikel lain