Tips travel bersama orang yang telah berusia

Sebagai seorang anak, telah menjadi kewajiban untuk membahagiakan kedua ibu bapa. Jadi, salah satu cara untuk membahagiakan mereka adalah dengan meluangkan masa bersama seperti membawa mereka bercuti ke tempar2 menarik sama ada dalam mahupun luar negara. Tapi kadang2 kita risau “boleh ke bawa mereka?” “tak bahayakan kesihatan mereka ke?” “Larat ke kesana kesini nanti?”. Cuba tanya ibubapa kita dulu. Jika mereka mahu, bolehlah kita ambil tips yg min share kan dibawah

1. Cari masa dan tempat yang tidak padat

Apabila meningkat usia, tenaga akan semakin berkurang. Mereka akan lebih cepat penat berbanding orang muda. Dengan itu, sebaiknya kita perlu elakkan bercuti ke kawasan yang terlalu ramai orang. Jadual perjalanan juga sebaiknya dirancang dengan teliti supaya ia tidak terlalu padat agar ibubapa kita mempunyai masa yg mencukupi untuk berehat.

2. Ambil insurans jika ke luar negara

Semakin berusia, semakin tinggi risiko menghadapi penyakit. Dengan mengambil insurans, sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban jika sebarang perkara yg tidak diingini berlaku kepada ibubapa kita.

3. Sediakan stok ubat-ubatan yang mencukupi

Jika mereka mempunyai sebarang penyakit, pastikan kita double check ubat yang perlu dibawa telah mencukupi. Biar lebih, jangan kurang. Ubat-ubatan lain untuk penyakit yg biasa kena juga perlu dibawa iaitu seperti ubat demam, ubat sakit sendi dan sebagainya.

4. Sentiasa perhatikan tahap kesihatan ibubapa

Semasa travel, kita perlu sentiasa perhatikan tahap kesihatan mereka yg telah berusia. Kepada mereka yg mempunyai penyakit tertentu, pastikan kita mengatahui simptom2 nya dan mengambil langkah dengan cepat apabila ia menjadi semakin teruk. Yang pentingnya, pemakanan mereka perlu dikenalpasti dahulu supaya tidak menimbulkan sebarang perkara yg tidak diingini terjadi.

Dah tahu tips? Boleh lah kita bawa mereka bercuti bersama dengan lebih yakin. Pastikan ibubapa kita setuju terlebih dahulu untuk ke tempat2 yg dicadangkan tu ye hehe. Selamat Bercuti!

Kongsi di media sosial :

WhatsApp
Facebook
Twitter

Baca artikel lain