Tips untuk beginner travel videos

1. Tengok video travel

Melihat video traveller yang terkenal di dalam youtube, facebook dan juga Instagram adalah satu cara yang terbaik untuk dapatkan inspirasi dalam merakam ataupun edit video kita sendiri nanti. Tapi, mesti ingat kita tidak boleh meniru, kita hanya tengok untuk dapatkan inspirasi dan belajar untuk buat video dengan style kita yang tersendiri.

Walaupun video2 yang ada dalam internet itu hebat dan mempunyai style yang menarik. Jangan rasa kecewa dengan kita punya video kalau tidak kelihatan menarik seperti mereka sebab kita hanya beginner. Lama kelamaan kita akan dapat menambah baik kualiti video kita itu.

2. Buat rancangan awal untuk video

Ini adalah perkara paling penting perlu dilakukan sebelum mula mengambil video. Ianya penting sebab kita perlu ada permulaan, climax dan pengakhiran dalam setiap video kita. Supaya orang yang melihat video kita tidak bosan menontonnya.

Antara rancangan awal yang kita boleh buat ialah memilih konsep yang bagaimana yang kita mahukan cth:- vlogging, cinematic ataupun dramatic. Setiap video pula mestilah ada cerita yang ingin kita sampaikan kepada orang yang menonton video kita.

Kesalahan yang biasa beginner buat ialah ambil video secara rawak. Inilah perkara yang akan menyusahkan kita ketika edit video nanti. Pada permulaan memang agak sukar untuk merancang, jadi kita boleh mulakan dengan merancang di atas kertas dahulu.

3. Gear doesn’t matter

Kita perlu ke gear2 kamera atau video yang hebat dan mahal ni. Tak perlu pun terutama sekali bagi kita yang hanya beginner ni

Kebanyakkannya kita boleh je ambil gambar atau video di tempat2 yang menarik dan cantik menggunakan smartphone yang kita ada sahaja.

Tak perlu bebankan diri dengan gear2 yang banyak tu, sebagai permulaan smartphone kita pun boleh buat kerja.

4. Belajar menggunakan app video editor

Terdapat pelbagai video editor yang boleh kita gunakan, ada yang free dan ada yang berbayar. Video editor ni boleh bantu kita untuk menyusun footage dan juga video clip kita. 

Sebaiknya kita cari yang ade banyak stock video dan lagu dalam app itu supaya tiada masalah copyright yang berlaku. Dan juga secara permulaan elok cuba dahulu guna app yang free dan simple seperti yang tersedia ada dalam smartphone kita ataupun seperti imovie dalam IOS.

Apabila dah mahir nanti bolehla kalau ingin gunakan app2 seperti premier pro, fimora dan lain2.

5. Mintak feedback

Bila kita dah upload video kita dalam facebook, Instagram ataupun youtube. Mesti ada yang like ataupun comment video kita. Dari situ kita boleh lihat pendapat2 diorang terhadap video kita tu.

Selain pada itu kita juga boleh minta pendapat daripada pakar dalam bidang itu kerana daripada mereka kita boleh dapat lebih banyak info mengenai video2 travel.

Kongsi di media sosial :

Share on whatsapp
WhatsApp
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Baca artikel lain