1. Grand Bazaar

Grand Bazaar terletak sekitar 5 minit berjalan kaki dari Hotel Beyaz Saray.Bazaar ini beroperasi sejak abad ke 15. Terdapat sejumlah 5000 gerai di bazaar ini yang menjual pelbagai barang seperti tekstil , rempah-ratus, pewangi dan sebagainya.

Kebanyakan kedai menjual barang-barang yang hampir sama. Cuma, terdapat sedikit perbezaan dari segi harga. Setiap penjual akan melayan pelanggan dengan baik dan memberi pelbagai diskaun untuk menarik pelangan. Anda boleh survey dulu harga barang-barang yang anda rasa tertarik. Jangan risau. Sekalipun anda tidak membeli daripada mereka, mereka akan tetap melayan anda dengan baik.

2. The Egyptian Spice Bazaar

The Egyptian Bazaar merupakan sebuah bazar yang beroperasi dari abad ke 20 di dalam bangunan lama yang menempatkan beberapa buah kedai yang menjual rempah ratus dan juga makanan tempatan Turki.Walaupun Bazaar ini lebih kecil daripada Grand Bazaar namun tetap menjadi destinasi yang popular dalam kalangan pelancong.


Kalau anda dah sampai ke sini, jangan lupa untuk mendapatkan Lokum. Ia merupakan sejenis juadah Turki yang dikatakan diperbuat daripada madu.Anda boleh merasakan dulu sampel sebelum anda membelinya. Kebanyakan peniaga Lokum disini tiada masalah untuk memberikan anda sampel.

3. Arasta Bazaar

Arasta Bazaar berlokasi di belakang Masjid Sultan Ahmet (Blue Mosque).Pada awalnya , bazaar ini merupakan salah satu bahagian daripada Masjid Sultan Ahmet. Pada masa kini Bazaar ini bazaar ini menjadi hub untuk pelancong yang minat dalam seramik dan tekstil .Anda juga dapat membeli pelbagai jenis kraf tangan bermutu yang dibuat oleh petukang local.

Sebagai cenderamata anda juga boleh beli Inzik Tiles yang diperbuat dan diwarna melalui tangan di sini. Jika anda berminat dalam pebagai jenis tembikar , tempat ini adalah destinasinya untuk membeli tembikar dan barangan seramik yang unik di sini.

Jika berminat untuk mengikuti kami ke sini boleh klik sini untuk mengetahui maklumat lanjut tentang pakej kami.

Kongsi di media sosial :

WhatsApp
Facebook
Twitter

Baca artikel lain