Perth salah satu tempat pelancongan yang sangat terkenal di negara Australia. Bila kita dengar nama “Perth” kita terbayang satu tempat yang penuh dengan tarikan dan tempat yang bersejarah. Perth merupakan ibu negeri Australia Barat yang mempunyai jumlah penduduk  seramai 1,507,900 orang dan ia menjadikan Perth sebagai bandar terbesar di Australia Barat.

Jadi sekarang ini saya nak kongsikan “TOP 5 TEMPAT MENARIK DI PETH” lepas ini boleh la anda semua masukkan Perth ini dalam “wish list” anda ye .

  1. FREMANTLE MARKET
Images By : WeekendNotes

Fremantle market adalah tempat paling wajib anda semua singgah bila sampai di Perth ini , tempat yang tidak pernah lengang dengan pelancong kerana terlalu banyak tarikan dan barang barang untuk dibawa balik sebagai souvenir.

Frematle market mula dibuka pada tahun 1897 haaa lama kann! Sudah hampir seratus tahun lebih tempat ini dibuka. Terdapat hampir 150 gerai atau lebih di dalam pasar ini, pelbagai jenis barang barang yang dijual disini seperti cenderahati, makanan, pakaian, dan sebagainya. Pada mulanya Fremantle market ini dibuka adalah untuk menggalakan penduduk tempatan mempamerkan hasil seni tangan mereka disini. Jika anda semua berminat untuk mencari seni tangan yang unik atau mencari seni tangan tempatan boleh la singgah disini. Jika anda mencari makanan halal disini juga terdapat penjual muslim yang menjual makanan halal seperti kebab turki, masakan Indonesia dan Singapore.

2. LANCELIN SAND DUNES

Lancelin Sand Dunes juga salah satu tempat yang unik untuk anda semua pergi kerana apa? Kerana tempat ini sangat la “Rare” kalau di Jepun atau Switzerland kita meluncur dengan air tapi disini kita meluncur dengan pasir. Lancelin Sand Dunes adalah satu tempat yang penuh dengan pasir berwarna putih lebih kurang macam padang pasir yangt berwarna putih. Padang pasir ini sangat luas ibarat tiada penghujung. Aktiviti “sandboarding” adalah aktiviti utama disini anda boleh  menyewa sand board di kawan berdekatan dengan harga lebih kurang 10 AUD. Selain itu ada jugak aktiviti menaiki pacuan 4 roda, menaiki ATV dan lain lain. Tempat ini dibuka selama 24 jam dan masuk adalah percuma.

3. KING PARK BOTANIC GARDEN

Kings Park dan Botanic Garden adalah salah satu tempat yang terbesar dan taman yang tercantik berdekatan Bandar Perth. Ianya kaya dengan sejarah Eropah dan gabungan budaya-budaya traditional tempatan dan terdapat juga monument-monumen bersejarah yang daripada perang dunia ke – 2. Di taman ini juga terdapat tumbuhan yang dilindungi oleh Kerajaan Australia. Terdapat lebih dari 3000 spesis tumbuhan, dan juga ada satu Kawasan khas yang disediakan oleh kerajaan mereka untuk memelihara “Biodiversiti” mereka. Dan disitulah terdapat pelbagai hidupan liar dan spesis tumbuhan yang dilindungi.

Banyak aktiviti yang boleh anda lakukan disini salah satunya

  1. Boleh bersantai di Sungai Swan
  2. Berkelah Bersama keluarga
  3. Melihat keindahan bandar Perth pada waktu malam.

4. ELIZABETH QUAY

Elizabeth Quay adalah Kawasan budaya yang hebat di Bandar Perth ini, tempat ini membawa seluruh bandar lebih dekat ke sungai yang mewujudkan banyak aktiviti yang menyeronokkan dan santai. Terdapat pelbagai tempat yang disediakan untuk pengunjung yang datang ke sini. Disini admin akan senaraikan tempat yang anda boleh singgah semasa di sini

  1. Taman Air BHP
  2. The Promenades
  3. Taman Chevron

5. THE PINNACLES

Pinnacles terletak di utara Perth ianya mengambil masa lebih kurang 4 jam perjalanan dengan menaiki kereta. Pinnacles ini adalah kawasan yang dipenuhi dengan formasi batu kapur yang membentuk ribuan tiang-tiang terpacak berwarna kuning, pemandangan disini sangat lah cantik. Pinnacles ini telah menjadi tempat tumpuan utama bagi pelancong luar dan dalam negara itu sendiri dan disini ada “entrance fee” tau hehe tak mahal pon lebih kurang dalam 25 AUD. Tempat ini dibuka setiap hari bermula dari pukul 7.15 pagi hingga pukul 5.30 petang.

Di Perth terdapat banyak tempat-tempat menarik yang kita boleh lawati kalau anda semua rajin anda semua boleh la buat kajian tempat tempat menarik di Perth, Australia. J

Kongsi di media sosial :

WhatsApp
Facebook
Twitter

Baca artikel lain