Turki : Sejarah Ringkas Topkapi Palace

Istana Topkapi yang kini sudah menjadi museum merupakan salah satu tarikan pelancong yang popular di Istanbul. Ia juga merupakan warisan terbesar dari kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Pintu Gerbang Istana Topkapi

Tempoh pembinaan Istana Topkapi ni adalah antara 1466 sehingga 1478. Ia dibangunkan kerana keinginan Sultan Mehmed II yang ingin membangunkan sebuah istana sebagai pusat pemerintahan Turki Uthmaniyyah pada zaman itu.

Ia direka oleh 5 orang arkitek yang hebat-hebat pada zaman itu. Dan masih dianggap sebagai antara bangunan terbaik sehingga kini.

Selama ia berfungsi lebih kurang 600 tahun, banyak penambahan yang dilakukan oleh Sultan-Sultan pada setiap zaman mereka bergantung pada keperluan pada masa itu. Menjadikan Istana Topkapi ini sebuah kompleks istana yang cukup unik.

Pada tahun 1924 ketika pemerintahan Mustafa Kemal Ataturk, Istana Topkapi dibuka menjadi sebuah museum. Setelah beberapa pembaikan dilakukan, ia dibuka untuk para pengunjung pada 9 Oktober 1924 dan langkah-langkah pentadbiran dilakukan untuk menjadi tarikan pelancong.

Jika berminat untuk mengikuti kami ke sini boleh klik sini untuk mengetahui maklumat lanjut tentang pakej kami.

Kongsi di media sosial :

Share on whatsapp
WhatsApp
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Baca artikel lain