Viewpoint terbaik di Scotland!

Cari tempat yang paling indah di Scotland? Mahukan pemandangan dan tempat Scotland yang ikonik di mana korang boleh tenangkan diri dengan hanya melihatnya? Okay biar min bantu korang!

1. Glenfinnan Viaduct

sumber: blogspot.com

Peminat Harry Potter? Pasti korang tahu tempat apa ni. Berhampiran dengan Glencoe, korang boleh melihat Hogwarts Express di jejambat yang indah! Kepada yang tidak tahu, Jacobite Express (nama sebenar Hogwarts Express) adalah kereta api stim yang digunakan beberapa kali dalam filem Harry Potter. Ia melintasi jejambat setiap pagi dan juga petang.

2. Ben Nevis

sumber: marvellousmaps.com

Ben Nevis adalah titik tertinggi di Great Britain dan salah satu tempat terbaik untuk dikunjungi di Highlands. Gunung ini adalah destinasi kegemaran pemain ski Scotland pada musim sejuk dan tempat favourite para pejalan kaki semasa musim panas. Dan apa yang lebih menarik adalah ia terletak paling dekat dengan bandar Fort William iaitu bandar paling penting di rantau ini.

3. Eilean Donan Castle

sumber: invernesstours.com

Salah satu istana paling terkenal di Scotland! Istana Eilean Donan ini muncul dalam banyak filem dan merupakan perwakilan sempurna istana zaman pertengahan di Scotland. Boleh diakses oleh jambatan batu yang sangat fotogenik serta korang juga akan berpeluang untuk mengaguminya dan mengambil gambar dari jalan raya, atau bahkan masuk ke dalam jika mempunyai masa!

4. Isle of Skye

sumber: expertvagabond.com

Semasa perjalanan ke Highlands, korang harus pergi ke Isle of Skye! Disana, kita akan menemukan landskap yang sangat menakjubkan , lembah berbatu, gunung, tebing curam dan pantai berpasir putih yang sangat cantik!

Kalau korang nak tahu, ada diantara tempat-tempat ini yang Jomventures Travel ada pergi tau dalam Pakej Real Scotland & UK!

Apa tunggu lagi? Jom join trip kami!

Kongsi di media sosial :

WhatsApp
Facebook
Twitter

Baca artikel lain