‘Blue Tears’ Kuala Selangor

Credit: evensi.com

Blue Tears adalah produk pelancongan terbaru di Kuala Selangor selain dari Sky Mirror yang boleh dilihat pada waktu malam khususnya. Fenomena semulajadi yang terhasil daripada fitoplankton iaitu sejenis tumbuhan marin yang disebabkan oleh ‘Dino-flagellates’ yang hanyut dipermukaan air dan ia kemudiannya menghasilkan cahaya biru terang apabila ia bertindak balas di dalam air.

Ditemui oleh penduduk tempatan sekitar tahun 2018 dan ia semakin kerap dilihat hingga ke hari ini. Pengunjung dapat melihat keindahan ‘blue tears’ dengan menaiki bot laju di Jeti Sky Mirror yang melalui susur sungai Selangor.

Bagi pengunjung warga Cina, mereka mempercayai waktu yang paling terbaik untuk berkunjung kesini adalah pada 3hari di setiap musim Lunar Calender mengikut kepercayaan mereka.

Pengunjung akan dibawa ke kawasan sekitar yang lebih gelap bagi membolehkan pengunjung melihat dengan lebih jelas keindahan Blue Tears dimalam hari, namun bagaimanapun apabila pengunjung ingin menangkap gambar Blue Tears ini, hasilnya mungkin tidak akan sama seperti melihat dengan mata kasar.

Difahamkan tarikan di Kuala Selangor ini hanya akan dibuka pada jam 8malam sehingga jam 10malam sahaja dan tiket masuk berharga RM25 bagi dewasa dan RM20 bagi kanak-kanak. Manakala bagi pengunjung luar pula RM50 bagi dewasa dan RM40 bagi kanak-kanak. Berdurasi selama 45minit, anda akan merasai pengalaman yang menakjubkan sepanjang berada disini dan anda juga disarankan untuk memakai pakaian yang berwarna cerah untuk gambar yang lebih cantik.

Jadual Blue Tears Tour:

8.00/9.00/10.00PM

Tempah online di www.skymirrortour.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *