Destinasi lawatan TERBAIK di Tokyo & Osaka 6H5M

Menerokai dua bandar utama di Jepun iaitu TOKYO dan OSAKA, dua bandar di jepun ini adalah bandar yang terpenting di Jepun dan wajib anda semua terokai kerana masing-masing mempunyai keunikkan dan tarikan yang tersendiri. Penerokaan 2 bandar ini akan menjadi lebih istimewa dengan menaiki “Bullet Train” , Shinkasen ” yang akan membawa anda merentasi 2 bandar ini dengan pantas dan ia akan menjadikan pengalaman anda di jepun menjadi semakin unik.

???? ? : ????????

credit to asia.nekkei
  • Penerbangan terus dari Kuala Lumpur ( KLIA2) ke Tokyo (HND)
  • Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo (HND) menuju ke Hotel menaiki Train dan daftar masuk ke Hotel

???? ? : ??????? – ???? – ???????

Kita akan menikmati suasana pagi yang indah pada musim sakura di Sumida Park. Taman yang sangat cantik untuk dilawati pada musim sakura kerana terkenal dengan keindahan bunga yang sedang berkembang di sepanjang jalan .

Selepas puas menikmati keindahan sakura, kita akan menuju terus ke ” Old Tokyo”iaitu Sensoji Temple dan “Nakamise Street” sebuah kuil lama yang menjadi tarikan utama di Tokyo untuk para pelancong mengambil gambar tanglung besar sebagai kenangan. Dan disekitar kuil itu ada pelbagai tempat beli belah untuk membeli buah tangan untuk dibawa pulang ke tanah air.

Antara tempat tarikan terpenting di Tokyo untuk wajib singgah adalah “Ueno Park” satu lagi taman yang menjadikan mata anda terpesona dengan tarikan pohon sakura yang mengelilingi taman itu. Selepas itu kita akan singgah di “Ameyoko Street” untuk mencari makanan halal dan terdapat beberapa makanan halal yang boleh kita pilih seperti kebab dan nasi ayam. Dan pada yang berminat untuk menikmati keindahan Tokyo pada waktu malam kita boleh singgah di Akihabara, disini terkenal dengan barang-barang elektronik yang “rare” dan peminat “anime’ dan komik anda mesti singgah disini kerana Akihabara terkenal dengan barang barang “anime”

???? ? : ???????? – ???????

Tokyo sangat terkenal dengan Bandar Metropolis kerana teknologi yang canggih, untuk hari ke-3 ini kita akan menjelajahi bandar metropolis ini dengan melawat ke “Tokyo Metropolitan Tower” iaitu bangunan yang kerajaan yang menjadi tumpuan pelancong untuk melihat keindahan bandar Tokyo dari tingkat atas . Singgah makan tengah hari di “Takeshita Street” Harajuku, disini terdapat pelbagai tempat membeli belah yang murah-murah. Solat zohor di masjid terawal dibina di Bandar Tokyo iaitu Masjid Tokyo Camii. Sebelum pulang kita akan singgah di lintasan paling sibuk didunia iaitu “Zebra Crossing Shibuya”

Shibuya Zebra Crossing
Photo by Jezael Melgoza on Unsplash

???? ? : ????? >>> ?????

Menjelajahi 2 Bandar utama di Jepun tidak akan lengkap tanpa menaiki “Bullet Train Shinkasen”. Kita akan bergerak ke Osaka menaiki kereta api laju iaitu “Shinkasen” daripada stesen Tokyo menuju ke stesen Shin-Osaka. Perjalanan lebih kurang 500KM mengambil masa hanya 2jam setengah dengan kelajuan 253KM/jam.

credit : wallaper colourfull

Sampai di Osaka daftar masuk hotel dan kita akan melawat mercu tanda Osaka iaitu “Osaka Castle” yang mana mempunyai sejarah yang unik sejak dari zaman Edo dan zaman samurai di Jepun. waktu malam kita nikmati kemeriahan manusia di “Dotonbori” dan mempunyai pelbagai pilihan makanan “Street Food” Japan yang lazat.

Osaka Castle

???? ? : ????? – ??????????

Kyoto sangat terkenal dengan Bandar yang sangat damai kerana berada jauh dari kesibukkan bandar. Kyoto juga terkenal dengan bandar yang mempunyai kuil-kuil terpenting bagi rakyat Jepun. Jadi kita akan melawat ke “Kiyomizu Temple” sebuah kuil yang mempunyai pemandangan yang indah bagi yang suka ambik gambar. Dan berhampiran kuil itu terdapat “Matsubara Street” anda boleh beli buah tangan yang unik disana. Dan disebelah petang kita akan menuju ke “Arashiyama Bamboo Forest” keindahan lanskap berkonsepkan buloh yang menjadi tarikan utama di disini.

Arashiyama Bamboo Forest
Credit : Travel Caffein

???? ? : ????/????????? ?????? ?????

Pilihan lawatan ke Nara/USJ

Nara terkenal dengan Taman Rusa yang jinak anda boleh memberi makan pada rusa tersebut dengan biskut khas yang dijual dengan harga 200yen dan boleh bergambar dengan rusa tersebut.

Menikmati permainan atau taman tema yang terawal di bina di Asia iaitu Universak Studio Japan. Terdapat pelbagai tarikan untuk membawa anak-anak bermain dan berseronok disini dan disini terdapat satu taman tema khas iaitu “Hary Potter” yang tiada di Universal Studio lain.

credit : trip.com

Anda masih tercari-cari pakej kembara ke Jepun yang berpatutan, ‘small group tour’ dan dipercayai ? Jangan tangguh lagi impian anda untuk mengembara ke Jepun. INI KALI, KASI JADI !

Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut pakej ke Jepun (musim cuti sekolah dan sakura 2020) :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *