Negara Mana yang Sudah Benarkan Pelancongan dalam Negeri?

Malaysia

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin telah  mengumumkan bahawa Kerajaan Malaysia akan membenarkan aktiviti pelancongan domestik (pelancongan dalam negeri) sepanjang tempoh Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKP) berkuat-kuasa pada 10 Jun 2020.

China

China merupakan negara pertama yang pulih dan telah membenarkan aktiviti pelancongan domestik berjalan semula. Sejajar dengan sedikit pemulihan ekonomi dan peningkatan kapasiti pengangkutan udara domestik, aktiviti pelancongan di dalam negara meningkat 62.9 peratus pada minggu bermula 23 Februari, berbanding sebelumnya.

New Zealand

New Zealand telah membenarkan pelbagai aktiviti  harian berjalan semula seperti kembali bekerja, sekolah-sekolah juga turut dibuka dan ini termasuklah aktiviti pelancongan domestik dijalankan tetapi mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan New Zealand bermula 14 Mei 2020. 

Australia

Kejayaan Australia dalam menurunkan kes jangkitan Covid-19 telah mendorong syarikat-syarikat penerbangan domestik di Australia untuk memulakan penerbangan.

Indonesia

Kerajaan Indonesia telah membenarkan aktiviti pelancongan domestik dengan syarat-syarat ketat yang perlu dipatuhi bagi warga Indonesia.

Korea

Pasaran pelancongan domestik di Korea juga merupakan negara pertama yang pulih seperti China dan telah menetapkan syarat-syarat yang ketat terhadap penumpang-penumpang mereka.


Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman sesawang Aljazeera.com atau Airasia.com atau mana-mana laman sesawang yang berkaitan.

Sumber

Straitstimes.com
Businesstraveller.com
SouthChinaMorningPost.com
Channelnewsasia.com 
Bernama.com 

 


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *