OSAKA & HIROSHIMA, JEPUN
Terokai Wilayah Kansai dan istimewa lawatan ke Hiroshima menaiki 'bullet train'.

ISTIMEWA UNTUK ANDA

TEMPAH ONLINE DAN DAPAT HADIAH ISTIMEWA

3gb

DATA

PERCUMA

PERCUMA SIMKAD DENGAN DATA 3GB UNTUK KEGUNAAN DI JEPUN SAHAJA

Kenapa anda perlu sertai kembara bersama Jomventures?

Pelepasan kumpulan kecil

Bagi memastikan kelancaran trip, kami mengehadkan hanya 12-15 orang peserta sahaja setiap trip.

Termasuk tiket penerbangan

Termasuk tiket penerbangan pergi dan balik dengan Airasia X. Elaun bagasi & 'inflight meal' turut tersedia.

Penginapan yang selesa

Kesemua pakej Jepun akan menginap di HOTEL BERTARAF 3 BINTANG. Lebih selesa berbanding hostel / homestay.

Termasuk Breakfast & Dinner

Sarapan pagi (Breakfast) disediakan di hotel. Juga turut tersedia makan malam (Dinner) bagi memudahkan peserta.

Halal / Musim tour

Kami ambil berat kehedak syarak dan citarasa Malaysia. Pastinya aspek makanan halal dan solat yang terjaga.

Pengembaraan sebenar

Anda akan dibawa tempat lawatan sebenar, bukannya ke 'kedai komisyen' atau 'kedai paksa beli'.

Kenapa anda perlu sertai kembara bersama Jomventures?

  • Pengalaman bercuti ke South Island NZ bersama Jomventure amat mengujakan. Peluang memandu motorhome melalui scenic route di Lindis Pass mmg takkan sy lupakan😍😍😍 Kelebihan travel dlm group yg kecil memberi ruang utk kami membina hubungan yg erat antara semua peserta.Terima kasih kpd krew Jomventure atas kelancaran urusan sepanjang trip, kenangan manis, gambar2 wow dan sabar melayan kerenah kami yg pelbagai ragam ni😂

    thumb Izyan Abdullah
    12/22/2018

    5 star review  NARITA airport, KITASENJU, ASAKUSA, UENO, HARAJUKU, SHIBUYA, ODAIBA, AKHIBARA, HANEDA airport semua tempat dalam list ini adalah yang terbaik jom venture bawak ktorg jalan2. servis terbaik & sangat2 recomended untuk sesiapa yang nak travel. semoga syarikat jom venture berjaya dalam bidang travel ini.

    thumb Syaz Wan
    4/09/2017

    5 star review  Tour guide hensem bak putera kayangan...peramah dan suka senyum...

    thumb Sauqay Mohamad
    1/21/2018
  • Assalamualaikum, Alhamdulillah selesai sudah trip Eropah yg telah saya join pada 22 hingga 31 October 2019 ke Swiss, Austria & Jerman bersama Aku dan Istanbul x Jom Ventures. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua staff2 yg sangat membantu dari mula saya book pakej ni sehinggalah ke hari kami berlepas ke destinasi,tak lupa juga kepada ketua kembara dan tourguide2 yg sangat sporting, friendly dan terbaik sepanjang trip. Mereka sangat membantu sepanjang trip ini. Banyak kenangan manis yg tidak dapat dilupakan. InsyaAllah akn repeat lagi next trip ADI X JV di masa akn datang. Servis yg terbaik 👍🏻 Saya kasi 10 bintang 🤩

    thumb Nur Syahira
    11/01/2019

    🌟🌟🌟🌟🌟 THE best everrrr ... looking forward todo more ventures with jomventures 😍

    thumb Hanum Sham Yusoff
    8/13/2018

    Pencutian saya bersama suami & anak perempuan bersama Jomventures utk trip Swiss , Austria & Germany dari 22-31/10/19 amatlah menyeronok kan dan tidak dapat dilupakan. Tour leader & team sangat banyak membantu terutama dengan keadaan saya yg tidak dpt berjln jauh. Semoga JV akan terus sukses. Kami akan terus menyokong JV dan tidak sabar utk menyertai trip dgn JV utk trip yg akn dtg. 5 bintang utk JV . .

    thumb Sazlina Mohamed
    11/01/2019
  • Alhamdulillah trip ke Osaka-Tokyo (12-17Dec2018) mengamit memori indah bersama ahli group kami seramai 14 orang yang semuanya sporting dan bersama tourguide Jomventures,En.Kamarul. Really recommended to all..Tq Jomventures for great experiences and enjoyable trip👍🏻😊

    thumb Cahaya Mutiara
    12/28/2018

    5 star review  tour guide memang terbaik. friendly dan gifted ���

    thumb Naziirul Mubiin
    1/27/2018

    A very good trip with very friendly and good tour guide for our private tour. Osaka 5D4N 1-5 dis 2019

    thumb Mohd Idham Suhami
    12/18/2019
  • 5 star review  The best �����

    thumb Nur Rahmah
    1/21/2018

    5 star review  Tahniah dn terimakasih Jomventures. Trip kami sekeluarga (Tokyo-Osaka-Hokkaido) yg pihak Jomventures susunkan sgt2 cemerlang. Kami sesungguhnya sgt berpuas hati. En Hassan tour leader yg sgt understanding, dn hebat dlm menyusun perjalanan mnggunakan jajaran & jaringan keretapi. Walaupun agak memenatkn tpi kami enjoy..& berpeluang merasai budaya kehidupan masyarakat Jepun...t.ksh sekali lgi Jomventures dan diucapkan selamat maju jaya....kalau ada trip2 yg manarik, mari la share...mgkin kami nk ikut lgi... 🙂

    thumb Kasim Bin Selamat
    4/21/2018

    5 star review  Puas hati sbb dpt belajar byk benda dari diorang.

    thumb Ghazi Khayat
    1/21/2018
  • 5 star review  Alhamdulillah servis yg diberikan terbaik!!.. tourguide berpengalaman, dan peramah dan memberikan info2 tempat2 yg dilawati.. dan yg paling penting waktu solat yg terjaga dan kemudahan mendapatkan makanan halal.. mmg enjoy la kami sekeluarga.. Insyallah next destination akan pilih Jomventurws lgi..��

    thumb Fariza Ahmad
    2/14/2018

    Alhamdulillah percutian yang sangat ohsem😍😍😍😍percutian kmi sgt teratur dan lancar dgn bantuan tour guide,En. Kamarul yg sgt sporting n brpengalaman..en kamarul bijak suai aturkn lokasi lawatan mngikut kehendak kmi..geng2 dlm grup pn sgt best n mbantu..bersyukur dpt knal n dpt ahli grup yg memahami,wlaupun kmi ade ank kecil..tq juga pd En. Hassan yg sntiasa bkgsi byk mklumat sbg persediaan utk kmi sblum terbang k Jepun..travel kit n sgala mklumat yg dibekalkn sgt bguna bt kmi yg 1st time k luar negara..Jomventures Exploration mnjnjikan percutian yg mnarik n lancar dgn pengalamn yg sgt berharga..kami skluarga sgt enjoy dgn trip n berharap ade rzki lg utk join jomventures k trip negara lain..Saya bg 5 ⭐⭐⭐⭐⭐

    thumb Anis Kawasaki
    12/15/2018

    My trip with hubby to Tokyo- Osaka 3-8 April 2019 was a memorable one. My experience with Jomventures since registration was superb. Fast response, detail guidance and very helpful. Our TL Mr Kamarul has done a good job and be very patient with us who were crazy taking photos with sakura but at the same time was trying hard to control time per schedule. Hope jomventures will be more success in future with more routes to offer..

    thumb Raja Nor Siha
    4/14/2019

Baca review penuh di laman Facebook ->

OSAKA - KYOTO - HIROSHIMA

Osaka merupakan bandar utama di negeri Kansai, sebuah negeri yang terletak di tengah-tengah kepulaun Honshu di Jepun. Lawatan 6H5M merangkumi beberapa daerah yang indah seperti Osaka – Kyoto – Arashiyama  – Kobe – Hiroshima. Pengalaman pengembaraan yang lengkap merangkumi destinasi lawatan terbaik di negeri Kansai dan terokai kawasan Hiroshima yang merupakan antara warisan Perang Dunia ke-2 . Juga ke Pulau Miyajima yang terletak tidak jauh dari bandar Hiroshima

Pengangkutan

Pengangkutan Train sepanjang trip. Istimewa bullet train (shinkansen) dari Osaka - Hiroshima - Osaka.

Hotel 3 Bintang

Kesemua pakej Jepun akan menginap di HOTEL BERTARAF 3 BINTANG. Lebih selesa berbanding hostel / homestay.

Pelepasan kumpulan kecil

Bagi memastikan kelancaran trip, kami mengehadkan hanya 12-14 orang peserta sahaja setiap trip.

HARI 1 : KUALA LUMPUR – OSAKA

Penerbangan terus dari Kuala Lumpur (KLIA2) ke Osaka Kansai (KIX) [14:15 – 21:40]. Tiba di Osaka di sambut oleh crew Jomventures. Bermalam di Osaka.

HARI 2 : OSAKA

Pagi yang indah dimulakan dengan bersiar-siar di Osaka Castle Park yang cantik. Kemudiannya, ke Osaka Museum of Housing & Living. Di sebelah malam pula, nikmati kemeriahan manusia di Dotonbori (Namba), juga tempat yang baik untuk ‘shopping’ dan mencuba pelbagai ‘street food’  yang lazat. Bermalam di Osaka

HARI 3 : KYOTO – ARASHIYAMA

Hari ini, lawatan ke kawasan Kyoto yang terkenal dengan sebuah bandar yang mendamaikan. Lawatan ke Kiyomizu-dera dan Matsubara Street yang cantik. Sebelah ptg, menuju ke Arashiyama Bamboo Forest, tidak jauh dari Kyoto. Bermalam di Osaka.

HARI 4 : KOBE

Kobe adalah sebuah bandar pelabuhan yang tidak jauh dari Osaka. lawatan ke Kobe (Nonubiki Herbs Garden & Masjid Kobe). Di sini juga, kita berkesempatan untuk solat di Kobe Mosque yang merupakan yang merupakan masjid pertama yg dibina di Jepun. Juga lawatan ke kawasan Kobe Port Tower. Bermalam di Osaka.

HARI 5 : HIROSHIMA – MIYAJIMA

Lawatan ‘day trip’ ke bandar Hiroshima yang pernah di ’bom’ ketika Perang Dunia ke-2.  Nikmati perjalanan yang mengkagumkan dengan ‘bullet train’ dari Osaka ke Hiroshima (2 hala). Tidak jauh dari Hiroshima, terdapat sebuah pulau iaitu Pulau Miyajima yang cantik depenuhi dengan ‘Rusa’ jinak.  Nikmati senja yang indah di Miyajima. Bermalam di Osaka.

HARI 6 : USJ – KUALA LUMPUR

Lawatan ke Universal Studio Japan (USJ) atau pilihan untuk membeli belah buat kali terakhir. Penerbangan pulang Osaka Kansai (KIX) – Kuala Lumpur (KLIA2) [22:00 – 04:00 (+1)].

PAKEJ TERMASUK

  • SMALL GROUP TOUR : Maksimum 12-14 peserta sahaja
  • PENERBANGAN : Pergi & balik dengan Airasia X. Termasuk bagasi 20kg, makanan dalam penerbangan.
    Kuala Lumpur (KLIA2) – Osaka Kansai (KIX) Return.
  • PENGANGKUTAN : Train / Subway
  • PENGINAPAN : Hotel bertaraf 3 BINTANG (4 malam di Osaka)
  • SARAPAN & MAKAN MALAM DISEDIAKAN
  • PERCUMA! Insuran lawatan
  • PERCUMA! T-shirt ekslusif ‘Kita Pengembara’
  • TOUR LEADER (Melayu )

TIDAK TERMASUK

  • BAYARAN MASUK : Hampir semua tempat lawatan adalah masuk percuma. (Universal Studio Japan : 7900 JPY)
  • MAKAN :  Makan tengah hari (Lunch) di restoran Halal / Street Food

HARI 1 : KUL – KIX [D7 2] 14:15 – 21:40

HARI 6 : KIX – KUL [D7 1] 22:00 – 04:00 (+1)

*tertakluk kepada perubahan dari syarikat penerbangan.

TRIPMUSIM / CUTITARIKHHARGASTATUS
Osaka – Hiroshima 6H5M (train)Luruh / Sejuk5-10 Dis 2019RM5270TUTUP
Anda akan dihubungi dalam masa 24 jam. Tidak perlu buat bayaran sekarang.

Kelebihan tempahan secara online : 

Sila lengkapkan maklumat berikut : 

Alamat

Aku Dan Istanbul Travel & Tours Sdn Bhd, No. 29B Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

Waktu Pejabat

10:00 pagi – 4:00 petang
Isnin – Jumaat

(Cuti pada hari Sabtu & Ahad)

Hubungi Kami

Hotline : 03-5524 3675
Whatsapp : 013-458 5642

Email: [email protected]