SEGALANYA BERMULA DENGAN IMPIAN

Bermula dari pengembara jalanan (backpackers) kini kami sebagai Travel Planner sejati.
Merealisasikan impian kembara warga muslim Malaysia.

Assalamualaikum, saya Hasan. Co-founder JOMVENTURES MUSLIM TRAVEL.

Sejak di bangku sekolah lagi saya sememangnya suka ‘travel’ dan kerap menguruskan rombongan sekolah. Percaya atau tidak, ianya umpama DNA dalam diri saya dengan matlamat saya dapat travel dan bantu rakan-rakan sekolah mengembara ke serata Malaysia pada ketika itu.

Saya percaya, tidak semua orang mampu untuk merancang, menguruskan emosi peserta dan bersedia mengharungi ‘unexpected event’ yang mungkin berlaku sepanjang trip berlangsung. Menguruskan trip atau rombongan ini adalah risiko yang boleh berlaku jika tiada perancangan dan pengurusan yang baik.

IMPIAN KEMBARA saya menjadi lebih rancak ketika memasuki zaman kampus. Ketika itu tidak ramai rakyat Malaysia yang pernah menaiki kapal terbang. Syukur di negara kita ada pelbagai syarikat penerbangan tambang murah dan mampu milik yang memungkinkan ramai rakyat Malaysia dapat merasai pengalaman menaiki kapal terbang ke seluruh Malaysia dan dunia juga.

Saya masih ingat, pengalaman pertama kali naik kapal terbang, iaitu penerbangan dari Senai Airport (JHB) ke Pulau Pinang (PEN) untuk balik ke kampung halaman ketika cuti semester. Seingat saya penerbangan pertama ini adalah pada tahun 2010. Sangat ‘excited’ dan gemuruh pun ada. Semua orang pasti mengalami perasaan yang sama, apatah lagi jika terbang seorang diri.

Sejak dari penerbangan pertama tersebut, IMPIAN KEMBARA saya semakin rancak. Hampir keseluruhan airport di Malaysia saya pernah kunjungi dengan tiket penerbangan tambang murah Airasia. Dengan pelancaran Airasia X pula, ketika zaman belajar saya mampu untuk mengembara ke Beijing (ketika itu Airasia X mendarat di Tianjin), Seoul, Tokyo, Osaka dan macam-macam lagi. Syukur dengan rezeki.

Sepanjang hidup, saya tidak pernah terbayang akan pernah jejak ke benua Eropah yang pada masa kita semua terlalu jauh, mahal, orang putih kata ‘impossible’. Syukur dengan rezeki Allah, saya dapat sambung belajar (Ijazah Sarjana) di Cardiff, United Kingdom. Pengalaman yang banyak merubah paradigma dan cara fikir.

Hasil dari pengalaman menetap di Eropah dan ‘travel’ di sekitar Eropah akhirnya wujudlah JOMVENTURES. 

Team kami betul-betul buat RnD dan ‘explore’ sesuatu tempat sebelum kami jadikan pakej. Sebab itu, pakej kembara yang kamin tawarkan sentiasa berbeza dengan konsep ‘KITA PENGEMBARA’ yang menjadi cogan kata kami. 

KONSEP KEMBARA JOMVENTURES

  • KUMPULAN KECIL – Lebih selesa untuk ‘travel’ dengan keluarga dan juga sahabat handai.
  • TIADA TOURIST TRAP – Kebanyakan agensi pelancongan akan buat pakej dengan harga yang murah dan akibatnya peserta akan di bawa ke ‘kedai-kedai komisyen’ yang kami gelarkan KEDAI PAKSA BELI. Ini semestinya merugikan masa peserta kerana KEDAI PAKSA BELI ini bukanlah tempat lawatan.
  • MESRA MUSLIM – Bukan hanya omong kosong, kami akan pastikan ketua kembara yang dilantik (tour leader) adalah seorang yang menjaga SOLATnya dan memastikan peserta disajikand dengan makanan yang HALAL sepanjang trip berlangsung.
  • PAKEJ RARE & UNIK – Kami buat R&D dan terokai sendiri sebelum mana-mana pakej dikeluarkan. Kami juga tidak mudah akan ‘pass’ atau ‘sub’ trip kami kepada mana-mana pihak melainkan proses tapisan dijalankan dengan teliti.

4 TERAS utama ini sentiasa jadi tunjang dan besar aspirasi kami ingin jadi ‘orang tengah’ yang dapat bantu rakyat Malaysia terutamanya yang bergama ISLAM, dapat mengembara dengan tenang, yakin dan gembira sepanjang trip berlangsung.

Tempahlah pakej kembara muslim JOMVENTURES dengan yakin, tanpa ragu-ragu lagi.

Whatsapp Travel Consultant

Travel consultant kami yang ramah sedia membantu anda. Tekan butang di bawah untuk terus Whatsapp: