Sudah Boleh Rentas Negeri, Jom ke Pulau Pinang !

Pulau Pinang adalah lokasi tumpuan pelancong paling terkenal di Malaysia. Ibu Negeri Pulau Pinang iaitu Georgetown telah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO. Jika anda merancang bercuti di Pulau Pinang dan tercari-cari tempat menarik di Penang untuk dilawati. Anda datang ke tempat yang betul. Antara tempat-tempat menarik yang popular di Pulau Pinang :

1.Bukit Bendera

Antara destinasi ikonik di Pulau Pinang yang harus anda lawati ialah Bukit Bendera. Ia merupakan stesen bukit british yang tertua di Asia Tenggara dan diatasnya terdapat lebih 52 lot bungalow yang dibina 100 tahun dahulu. Untuk ke puncak anda tidak perlu berjalan kaki kerana anda boleh menaiki funicular train service. Terdapat banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan ketika berada di puncak seperti melihat pemandangan Pulau Pinang yang mengagumkan di skydeck, bersiar-siar dengan menaiki buggy, bergambar di Little Vollage Penang Hill dan bermacam-macam lagi.

2.Pantai Batu Feringgi

Credit : Phalinn Ooi

Pantai Batu Ferringgi ini merupakan pantai yang paling popular di Pulau Pinang. Pantai peranginan ini mempunyai banyak aktiviti sukan air yang menarik yang boleh dilakukan seperti bermain jetski, parasailing, banana boat dan sebagainya. Persisiran pantai Batu Feringgi juga sangat mudah dan mempunyai ramai operator yang menyediakan pakej-pakej menarik untuk pengunjung. Persisiran pantai ini juga sangat panjang dan lapang , sesuai untuk berkelah atau bersantai sambil melihat matahari terbenam.

3.Escape Theme Park

Credit : Unsplash

Di Escape Theme Park Penang ini, lebih 33 pilihan aktiviti outdoor yang anda boleh lakukan. Antara aktiviti mencabar yang boleh anda lakukan seperti sling shot, tubby racer & jungle swinger. Terdapat juga beberapa gelongsoir air yang curam dan tinggi yang pasti membuatkan anda ingin mencuba Tubby Tunner, Tubby Rapids dan sebagainya. Tidak hairanlah, dengan kemudahan yang lengkap dan pilihan aktiviti outdoor atau aktiviti lasak yang banyak, banyak organisasi menjadikan destinasi ini sebagai destinasi pilihan untuk acara seperti hari keluarga atau team building di Penang. 

4.Wonderfood Museum Penang

Credit : murnialysa.com

Sekiranya anda ingin selami sejarah dan budaya makanan popular khususnya di Penang, apa kata berkunjung ke Wonderfood Museum Penang. Menariknya, pendekatan pameran visual untuk pengunjung sangat unik , interaktif, menyeronokkan dan sangat berbeza berbanding majoriti muzium di Malaysia yang lain. Malah, saiz hidangan replika dalam pinggan di sini seperti laksa Penang, nasi lemak, atau nasi kandar, dibuat dalam skala yang lebih besar daripada biasa. Anda juga boleh bergambar atau berswafooto bersama makanan-makanan yang bersaiz gergasi di muzium ini sebanyak mana yang anda mahukan. 

5.Penang Street Art

Credit : Unsplash

Penang Street Art merupakan satu rangkaian lukisan mural yang boleh anda terokai dengan mudah di Bandar Georgetown. Lukisan yang dilukis oleh pelukis terkenal dari Lithuania, Ernest Zacharevic pasti memberikan anda satu gambaran baru tentang kebudayaan di Penang dari sudut yang berbeza. Lukisan lukisan ini di tempatkan di hanya di dinding-dinding sahaja. Di Penang Street Art ini bukan sahaja anda boleh bergambar dengan bergambar bersama mural malah anda juga dapat menyelami & melihat suasana bangunan-bangunan lama terdapat di sekitarnya yang sesetengahnya telah menjangkau usia ratusan tahun.

6.Taman Teluk Rimba Bahang 

Credit : twitter nyenyeljimen

Taman Rimba ini merupakan sebahagian daripada Taman Rekreasi Teluk Bahang yang berkeluasan 873 hektar secara keseluruhannya. Taman Rimba ini ditubuhkan pada tahun 1974 untuk dijadikan lokasi bagi orang ramai mendekati flora dan faunanya. Lebih menarik nya di sini juga terdapat kolam buatan manusia dan air sungainya yang jernih kebiruan.  Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah meredah hutan melalui laluan yang telah dipetakan, bermandi-manda di kolam dalam hutan, berkelah di kawasan yang disediakan, ataupun berkhemah untuk menikmati kesegaran udara hutan sepuas hati.

7.Kedai Jeruk Madu Pak Ali 

Credit : .www.jerukmadupakali.com

Semestinya kalau melancong ke pulau pinang sudah tentu akan mencari sesuatu yang sinonim dengan destinasi percutian untuk dijadikan buah tangan istimewa buat keluarga dengan menerokai kedai asam yang sangat popular di penang. Jeruk disini halal dan boleh dimakan tanpa was-was. Malah anda juga boleh melihat pekerja-pekerja melakukan proses penjerukan di satu kawasan yang tertutup secara teratur. Selain jeruk, terdapat juga makanan lain seperti kerepek, aneka sos dalam botol, kuih muih, serbuk asam, kuah rojak Mak Bee dan sebagainya.

Jangan tak tahu, sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang terdapat di Pulau Pinang. Jangan buang masa lagi! Nasi Kandar asli Penang dah memanggil-manggil untuk anda nikmati sebaik tiba di sana nanti! Jangan lupa juga untuk membawa semua kamera yang ada di rumah ke sini! Selamat bercuti ke Penang!


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *