TERMA & KAEDAH PEMBAYARAN
TERMA & SYARAT
POLISI PEMBAYARAN
- Deposit RM1000/pax
- Bayaran ansuran diterima
- 90 hari : (50% daripada bayaran perlu dijelaskan – jika melibatkan tiket penerbangan antarabangsa)
- 60 hari : (50% daripada bayaran perlu dijelaskan – jika melibatkan tiket penerbangan domestik)
- 45 hari : (bayaran penuh perlu dijelaskan)
POLISI PEMBATALAN
- Bayaran deposit TIDAK AKAN DIPULANGKAN (NON-REFUNDABLE) jika peserta mahu membatalkan pakej yang telah diambil. TETAPI peserta boleh memilih salah satu dari pilihan berikut:
- Menukar tarikh pakej (1 kali sahaja) – tarikh penukaran hanya boleh dibuat dalam tempoh 12 bulan dari tarikh trip asal ATAU
- Tukar dengan peserta lain (hanya apabila tiket penerbangan antarabangsa / domestik belum lagi dibeli)
- Sebarang pertukaran (pilihan) di atas perlulah dibuat sekurang-kurangnya:
- 90 hari sebelum trip bermula : hanya 50% daripada bayaran, akan dipulangkan dan (Jika tiket penerbangan telah dibeli, keseluruhan kos penerbangan ditanggung sepenuhnya oleh peserta).
- 45 hari sebelum trip bermula : Bayaran penuh yang telah dibuat, tidak akan dipulangkan.
LAIN-LAIN TERMA & SYARAT
- Perlepasan ‘join tour’ dan ‘small group tour’ adalah tertakluk kepada JUMLAH PERLEPASAN MINIMUM PERSERTA.
- Join tour : 25 pax
- Small group tour / deluxe tour : 6 / 8 / 10 pax bergantung kepada pakej
- Justeru itu, tarikh perlepasan adalah TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN dalam jangka masa 1 hingga 7 hari dari tarikh perlepasan asal. Peserta akan dimaklumkan selewatnya 30 hari sebelum berlepas.
- Pihak syarikat TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ke atas sebarang pembelian awal tiket penerbangan domestik ‘connecting flight’ / pakaian musim tertentu / lain-lain kos yang terlibat seandainya trip terpaksa di batalkan atas apa jua faktor.
- Pihak syarikat BERHAK untuk membuat penukaran pada jadual program yang dicadangkan mengikut kesesuaian dan kelancaran pakej. Sebarang perubahan jadual mungkin berlaku contohnya seperti perubahan pada waktu penerbangan disebabkan oleh faktor cuaca dan sebagainya.
- Sebarang perubahan yang diminta oleh peserta melibatkan penambahan kos, kos tersebut akan ditanggung oleh peserta.
- Sebarang perubahan waktu penerbangan adalah diluar bidang kuasa kami. Pihak kami TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB jika berlaku perubahan waktu / penangguhan jadual penerbangan.
- Pihak syarikat TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB sekiranya peserta di didapati positif covid-19 atau menghadapi apa jua masalah kesihatan sebelum / semasa / selepas trip berlangsung. Sebarang kos-kos yang terlibat adalah tanggungan peserta atau tuntutan boleh dilakukan berdasarkan polisi ‘travel insurance’ yang di beli sendiri oleh peserta.
- Apabila deposit telah dibuat, dengan ini peserta bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh syarikat.
Kemaskini terkini : 18 Ogos 2023
KAEDAH PEMBAYARAN
BANK : CIMB BANK
NAMA AKAUN : JOMVENTURES TRAVEL & TOURS SDN BHD
NO AKAUN : 8010 862 463
Sila sertakan bukti / slip pembayaran yang telah dibuat kepada konsultan atau boleh di emel terus ke finance@jomventures.com