Itinerari Lengkap Pakej ke Hokkaido 6 hari 4 malam bersama Jomventures

Adakah anda bersedia untuk meneroka keindahan Hokkaido, Jepun dengan pakej percutian eksklusif selama 6 hari 4 malam bersama Jomventures? Hokkaido terkenal dengan lanskapnya yang memukau, suasana yang tenang, serta pengalaman budaya dan gastronomi yang unik. Jom kita selami perjalanan indah ini!

Hari 1: KLIA – Sapporo

Perjalanan bermula dari Kuala Lumpur (KLIA) dengan penerbangan menuju ke Sapporo, ibu kota Hokkaido. Saat pesawat mendarat di Lapangan Terbang New Chitose, udara sejuk Hokkaido akan menyambut kedatangan anda. Rasa teruja mula menyelinap, membayangkan pengalaman menakjubkan yang menanti.

Hari 2: Meneroka Bandar Sapporo

Selamat pagi dari bumi matahari terbit! Hari ini kita akan memulakan perjalanan dengan melawat mercu tanda ikonik seperti Sapporo TV Tower dan Sapporo Clock Tower yang kaya dengan sejarah. Kemudian, kita akan bersantai di Odori Park, taman yang menjadi pusat festival salji tahunan.

Tidak lengkap ke Sapporo tanpa membeli-belah di Tanukikoji Shopping Arcade, deretan kedai yang menawarkan cenderamata unik dan makanan tempatan.

Hari 3: Keindahan Otaru yang Klasik

Hari ini, kita bergerak ke bandar tepi pantai yang menawan – Otaru. Lawatan bermula di Otaru Aquarium, di mana anda boleh melihat pelbagai spesies hidupan laut. Selepas itu, kita akan ke Sakaimachi Street, lorong nostalgia dengan seni bina klasik yang membawa anda ke zaman silam Jepun.

Kita juga akan singgah di Otaru Music Box Museum, tempat penuh magis yang dipenuhi dengan pelbagai kotak muzik unik. Tidak cukup dengan itu, pengalaman romantik menanti di Otaru Canal Cruise, di mana anda akan menyusuri terusan bersejarah yang dihiasi lampu-lampu indah. Sebelum pulang, kita akan singgah di Takino Suzuran Hillside Park, syurga bagi pencinta bunga dan alam semula jadi.

Hari 4: Keajaiban Alam Noboribetsu & Lake Toya

Hokkaido sememangnya terkenal dengan keajaiban alamnya, dan hari ini kita akan ke Jigokudani Hell Valley, lembah berasap yang menjadi bukti aktiviti geothermal di sini. Suasana berkabus dan bau sulfur memberikan pengalaman unik seolah-olah berada di dunia lain.

Seterusnya, kita akan melawat Date Jidaimura Village, sebuah perkampungan tradisional Jepun yang membawa kita kembali ke era samurai. Sebelum menutup tirai hari ini, kita akan ke Lake Toya Viewpoint, menikmati pemandangan tasik yang jernih dengan latar belakang gunung berapi yang megah. Saat matahari terbenam, suasana di sini benar-benar menenangkan jiwa.

Hari 5: Keindahan Furano – Musim yang Berbeza, Pengalaman yang Berbeza

[SPRING / SUMMER /AUTUMN] Jika anda melancong pada musim bunga, panas atau luruh, kita akan menuju ke Farm Tomita, ladang bunga berwarna-warni yang terkenal dengan ladang lavender, sunflower & keindahan alam semula jadi yang hijau.

Kemudian, kita akan meneruskan perjalanan ke Blue Pond Shirogane, sebuah kolam berwarna biru yang menakjubkan, seakan-akan lukisan. Tidak jauh dari situ, kita akan menikmati panorama indah Shirahige Waterfall, air terjun yang membeku pada musim sejuk, menjadikannya pemandangan yang luar biasa.

[WINTER] Pada musim sejuk, kita akan menghabiskan masa di Takino Suzuran Hillside Park atau resort ski yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti snow tubing dan sledding. Kemudian kita akan meluangkan masa membeli-beli di satu Mitsui Outlet Park Sapporo

Hari 6: Sapporo – KLIA

Setiap perjalanan pasti ada pengakhirannya. Pagi ini, kita akan bertolak pulang ke Kuala Lumpur dengan kenangan indah dan pengalaman luar biasa yang sukar dilupakan. Hokkaido bukan sekadar destinasi, ia adalah tempat di mana kenangan dicipta dan impian menjadi nyata.

Mengapa Pilih Pakej Hokkaido 6H4M Jomventures?

Pakej Lengkap – Termasuk tiket penerbangan pergi balik, penginapan selesa, pengangkutan peribadi dan makanan halal. ✅ Lawatan Menyeluruh – Dari bandar moden hingga ke desa klasik, bermain salji ke taman bunga lavender ✅ Tour Leader Berpengalaman – Anda akan ditemani oleh pemandu pelancong berpengetahuan yang akan memastikan perjalanan anda lancar dan menyeronokkan.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom tempah pakej percutian ini dan alami sendiri keindahan Hokkaido bersama Jomventures!

Untuk tempahan dan maklumat lanjut pakej Hokkaido 6D4N di sini.

Tags :

Japan

Share This :