Bayangkan anda melangkah ke dunia yang memadukan keindahan moden dan warisan tradisional Jepun. Dari lorong-lorong klasik Kyoto hingga ke perkampungan salji Shirakawago, perjalanan ini menjanjikan pengalaman yang luar biasa! Pakej istimewa 7 hari 5 malam ini membawa anda ke lokasi-lokasi terbaik di Osaka, Kyoto, Arashiyama, Kanazawa, dan Shirakawago, menjadikan setiap detik perjalanan penuh keunikan dan memori indah.
Hari 1: Kuala Lumpur – Osaka
Perjalanan epik ke bumi matahari terbit bermula! Pada waktu malam, kita akan berlepas dari Kuala Lumpur ke Osaka, dengan debaran dan keterujaan untuk menerokai keindahan Jepun yang menanti di hadapan. Berkumpul di KLIA Terminal 2 4 jam sebelum berlepas.







Hari 2: Kansai Airport – Kyoto – Arashiyama
- Penerbangan: D7532 KUL-KIX 02:25-09:45
- Tiba di Osaka, kita terus menaiki kereta api menuju Kyoto, bandar bersejarah yang memukau dengan keunikan budaya Jepun lama.
- Hutan Buluh Arashiyama menyambut kedatangan kita dengan suasana damai dan pemandangan yang menenangkan.
- Berjalan di sepanjang Sungai Katsura dan merentasi Jambatan Togetsu, latar belakang sempurna untuk foto kenangan.
- Menikmati santapan halal sebelum menghabiskan malam di Kyoto.
Hari 3: Nara – Kyoto
- Bertemu si comel di Taman Nara, di mana rusa-rusa jinak berkeliaran mesra.
- Melihat aksi pantas pembuat mochi di Nakatanidou, pasti membuatkan anda teruja!
- Menjelajah Kiyomizudera, kuil purba yang menawarkan panorama indah bandar Kyoto.
- Meneroka Jalan Purba Matsubara, tempat terbaik untuk membeli cenderamata unik.
- Bermalam di Kyoto.
Hari 4: Kyoto – Kanazawa
- Rasai pengalaman menaiki shinkansen ke Kanazawa, kereta api berkelajuan tinggi yang ikonik.
- Taman Kenrokuen menanti dengan keindahan landskap Jepun yang sempurna.
- Meneroka sejarah di Istana Kanazawa dan kawasan geisha di Higashi Chaya.
- Berehat di Kanazawa, bersedia untuk keindahan luar biasa keesokan harinya.
Hari 5: Kanazawa – Shirakawago
- Menuju ke Shirakawago, kampung dongeng yang dilitupi salji pada musim sejuk.
- Terpesona dengan seni bina unik rumah “gassho-zukuri”, simbol tradisi Jepun.
- Merasai suasana desa yang tenang sebelum kembali ke Kanazawa untuk bermalam.
Hari 6: Kanazawa – Osaka
- Kembali ke Osaka menaiki shinkansen, pengalaman perjalanan yang pantas dan selesa.
- Mengunjungi Istana Osaka, lambang sejarah samurai dan seni bina megah.
- Teroka kemeriahan di Dotonbori dan Namba, lokasi wajib untuk membeli-belah dan menikmati makanan jalanan.
- Naiki Pelayaran Sungai Tombori sambil menghayati panorama bandar pada waktu malam.
- Bermalam di Osaka sebelum pulang ke tanah air.
Hari 7: Osaka – Kuala Lumpur
- Penerbangan: D7533 KIX-KUL 10:50-17:05
- Bertolak ke Lapangan Terbang Kansai, membawa pulang kenangan manis dari bumi Jepun.
- Pengalaman luar biasa ini pasti menjadi cerita indah yang dikenang sepanjang hayat!
Pakej Termasuk
- Tiket penerbangan pergi dan balik (Airasia X)
- Elaun bagasi 20 kg dan hidangan dalam penerbangan
- Pengangkutan awam (kereta api, shinkansen, subway, bas)
- Penginapan di hotel 2-3 bintang atau setaraf
- Sarapan di hotel dan makan malam di restoran halal
- Tour leader Melayu (Muslim)
Pakej Tidak Termasuk
- Tiket masuk ke tempat berbayar (Istana Osaka, Pelayaran Sungai Tombori, Istana Kanazawa)
- Insurans perjalanan
Tarikh Perlepasan 2025
Pelbagai tarikh perlepasan tersedia mengikut musim, dari musim sejuk, bunga, panas hingga luruh, dengan harga bermula dari RM7088 seorang.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati percutian impian ke Osaka & Shirakawago bersama Jomventures! Dapatkan maklumat penuh pakej Osaka & Shirakawago 7D5N