Itinerari Lengkap Pakej Osaka 6 hari 4 malam bersama Jomventures

Osaka, bandar yang terkenal dengan gabungan budaya moden dan tradisional, makanan yang enak, serta tempat-tempat menarik yang pasti memukau sesiapa sahaja yang berkunjung. Jika anda mencari percutian yang padat dengan pengalaman menyeronokkan, pakej 6 hari 4 malam ini adalah pilihan yang sempurna!

Hari 1: KLIA – Osaka

Perjalanan bermula dari Kuala Lumpur (KLIA) dengan penerbangan terus ke Osaka. Teruja, kan? Bayangkan diri anda bersiap sedia dengan bagasi dan pasport, penuh semangat untuk meneroka Jepun! Berkumpul di KLIA Terminal 2 4 jam sebelum masa berlepas.

Hari 2: Menyelami Sejarah dan Kemeriahan Bandar Osaka

Tiba di Lapangan Terbang Kansai (KIX) pada waktu pagi dengan penerbangan AirAsia X D7532 (Berlepas 02:25, Tiba 09:45). Anda akan terus menuju ke ikon terkenal Osaka – Osaka Castle. Dikelilingi taman yang luas, istana ini bukan sahaja cantik untuk bergambar, malah menyimpan sejarah Jepun yang menarik untuk diterokai.

Selepas itu, bersedia untuk merasai ‘vibe’ bandar Osaka di Dotonbori & Namba. Dengan lampu neon yang berwarna-warni, makanan jalanan yang menggoda selera, dan suasana yang meriah, tempat ini wajib masuk dalam senarai! Jangan lupa mencuba takoyaki asli dan ambil gambar di papan tanda Glico yang ikonik.

Hari 3: Keindahan Alam di Kyoto & Arashiyama

Hari ini, kita akan ke Arashiyama, sebuah kawasan yang terkenal dengan Hutan Buluh Arashiyama. Suasana yang tenang dan angin sepoi-sepoi bahasa menjadikan tempat ini lokasi terbaik untuk menikmati alam semula jadi.

Dari sana, kita akan bergerak ke Kyoto, bandar klasik Jepun yang dipenuhi kuil dan seni bina tradisional. Destinasi utama di sini ialah Fushimi Inari Shrine, terkenal dengan deretan torii merah yang memukau. Tempat ini sangat cantik untuk bergambar dan memberi pengalaman mendalami budaya Jepun.

Hari 4: Universal Studios Japan atau Meneroka Kobe

Hari ini, anda boleh memilih antara dua aktiviti:

🎢 Universal Studios Japan (USJ) – Jika anda peminat taman tema, ini adalah syurga untuk anda! Rasai keseronokan menaiki roller coaster dan memasuki dunia Harry Potter di The Wizarding World of Harry Potter [self guide by train / taxi]

🏯 Kobe – Bagi yang ingin bersantai, lawatan ke Kobe adalah pilihan terbaik. Anda boleh menaiki gondola ke Nunobiki Herb Garden, menikmati pemandangan bandar dari atas bukit, dan melawat Masjid Kobe, salah satu masjid tertua di Jepun. [with tour leader by train]

Hari 5: Mesra Haiwan di Nara & Nostalgia di Shinsekai

Hari ini kita akan ke Nara, bandar yang terkenal dengan rusa jinak yang bebas berkeliaran di Nara Park. Anda boleh memberi mereka makan biskut khas dan melihat sendiri betapa comelnya mereka! Selain itu, kita akan singgah di Nakatanidou untuk menyaksikan demonstrasi membuat mochi yang unik.

Sebelah petang, kita akan ke Shinsekai, kawasan retro yang menampilkan Osaka pada era lama. Di sini, anda boleh melihat Menara Tsutenkaku, mencuba kushikatsu (makanan goreng celup), dan membeli cenderamata di Don Quijote.

Hari 6: Pulang ke Tanah Air

Sudah tiba masanya untuk pulang, tetapi kenangan di Osaka pasti akan kekal dalam ingatan. Anda akan menaiki penerbangan AirAsia X D7533 dari Osaka ke Kuala Lumpur (Berlepas 09:55, Tiba 16:15) dengan hati yang puas dan telefon penuh dengan gambar-gambar indah!

Tekan di sini untuk dapatkan info lebih lanjut berkaitan Pakej Osaka 6D4N

Tags :

Japan

Share This :